MP Masuk Sekolah Sebenarnya Nak Buat Apa?

Mengulas tentang MP Masuk Sekolah Sebenarnya Nak Buat Apa? adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari MP Masuk Sekolah Sebenarnya Nak Buat Apa?. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

MP Masuk Sekolah Sebenarnya Nak Buat Apa?

Bila Dr Maszle mengenakan syarat untuk MP masuk ke sekolah, ia seolah menunjukkan PH seolah cuba memberi tekanan pada MP atau dengan kata mudah cuba menyekat MP daripada masuk ke sekolah. Kalau nak masuk kena minta kebenaran daripada kementerian dan semestinya perlu membuat permohonan. Itu pun jika lulus.

Kalau fikir secara logik, ada betul apa yang diperkatakan. Sebab Maszle tidak menyatakan MP tidak dibenarkan, tetapi mesti membuat permohonan. Pihak sekolah juga perlu tahu dan bersedia apa yang patut sekiranya MP mahu hadir ke program tersebut untuk mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku. Dengan kata mudah penyalahgunaan kuasa sekiranya guru besar seorang pro mana2 parti politik. Siapa yang jadi mangsa, semestinya murid2 yang dipaksa mengikut lenggok politik.

Jika kehadiran MP sebagai satu acara untuk memberi sumbangan kepada pelajar miskin (contohnya). Itu sepatutnya tidak menjadi masalah dan kerajaan baru tidak boleh menyekat jika terdapat sumbangan yang ingin diberikan kepada pelajar sekolah. 

Tetapi, bagaimana pula jika pihak sekolah yang menjemput MP kawasan mereka memberi ceramah jatidiri pelajar dan bukan berkait pasal politik. Apakah ia akan dibenarkan. Harap kerajaan baru dibawah seliaan maszle berbeza dan memberi peluang setiap MP menonjol diri.

Malaysiakini | Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa agar wakil rakyat pembangkang dihormati dan tidak dilarang memasuki institusi pendidikan.

"Saya tidak faham mengapa isu seperti ini masih timbul di Malaysia baru.

"PH mestilah berbeza. Kita mesti melakukan lebih baik dalam hal ini dan semua perkara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Anggota parlimen Setiawangsa itu membuat gesaan itu sebagai tidak bersetuju dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung ahli politik pembangkang diwajibkan meminta kebenaran untuk memasuki sekolah kerajaan.

Dalam kenyataan di Dewan Rakyat semalam, Maszlee menegaskan bahawa anggota parlimen pembangkang yang ingin masuk sekolah kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada kementerian melalui pengarah jabatan pendidikan negeri.

Jelas Nik Nazmi, mengharamkan pembangkang memasuki sekolah dan institusi pengajian lain adalah "penyalahgunaan kuasa" yang paling buruk berlaku ketika BN memerintah.

Tambahnya, ramai pimpinan PH termasuk dirinya sendiri pernah menjadi mangsa.

"Walaupun berkhidmat sebagai Exco Pendidikan Selangor dari 2014-2018, saya sentiasa dihalang daripada melawat sekolah-sekolah di sana.

"Saya juga dihalang daripada bercakap di alma mater saya, Kolej Yayasan UEM - kerana tekanan politik ke atas pentadbiran kolej.

"Saya masih ingat - saya terpaksa berpura-pura menjadi mahasiswa - termasuk masuk ke kampus menggunakan motosikal bagi memenuhi jemputan di Universiti Malaya," katanya.

Justeru, tegas Nik Nazmi, PH tudak boleh meneruskan amalan "menindas" kerajaan terdahulu.

"Kita mesti mempercayai semua wakil rakyat tanpa mengira parti - untuk bertindak secara bertanggungjawab apabila terlibat dengan perbincangan awam. Mereka telah mendapat kepercayaan dari pengundi mereka.

"Tindakan tentu boleh diambil jika mana-mana wakil rakyat menyalahgunakan platform ini, seperti dengan menghasut kebencian kaum atau agama atau menyebarkan dakyah kepartian.

"Tetapi dalam kebanyakan kes - ahli politik harus dibenarkan masuk ke sekolah, kolej dan universiti apabila mereka dijemput untuk berbuat demikian," katanya.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah MP Masuk Sekolah Sebenarnya Nak Buat Apa?, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "MP Masuk Sekolah Sebenarnya Nak Buat Apa?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel