PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad.

Mengulas tentang PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad. adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad.. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad.

SINAR HARIAN | Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad sedia mempertimbangkan kebenaran penganjuran perhimpunan besar-besaran menolak cadangan kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD.


Menurutnya, namun ia bergantung kepada nasihat polis dan setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi yang kemukakan berhubung hasrat penganjuran himpunan yang dikatakan dijangka disertai satu juta orang itu.

"Kita tidak terima apa-apa permohonan untuk diadakan perhimpunan itu. Jadi kita tunggu untuk permohonan dikemukakan. Kita pun nak tahu siapa penganjurnya, apa tujuan membuat permohonan secara rasmi dengan segala maklumat yang diperlukan.

"Untuk beri kebenaran, kita tengok permohonan, kalau dia datang nak bakar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita tidak benarkanlah. Tapi kita tengok apa tujuan dan matlamatnya, siapa disebaliknya, semua maklumat penting untuk kita nak nilai permohonan.

"Secara dasar dan umumnya kita tidak menghalang perhimpunan aman,"
katanya ditemui media selepas Perasmian Art In The City di Kuala Lumpur City Walk di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kebenaran menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan berkenaan, Khalid berkata, pihaknya sukar untuk membenarkannya sekiranya ia melibatkan penyertaan yang terlalu ramai.

"Kena tanya pihak polis. Mungkin polis juga akan bagi nasihat. Sebab mereka kata nak turunkan 1 juta orang. Habis melimpah rosak lah Dataran Merdeka.

"Kalau nak turunkan seribu dua orang mungkin kita boleh muatkan. Kalau sejuta orang kena hantar ke tempat lain. Bergantung kepada nasihat pihak polis,"
katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini dilaporkan menyatakan hasrat penganjur himpunan besar-besaran berkenaan membabitkan penyertaan ahli Pas dan Umno.

Himpunan itu bakal diadakan di ibu negara pada 8 Disember depan bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad., yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel