Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah 2019
Mengulas tentang Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah 2019 adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah 2019. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan negeri menyambut baik hasrat Presiden Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan, Datuk Seri Ahmad Ismail yang mewajibkan semua pemain sepak takraw menutup aurat bermula April 2019.
Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah 2019
Wan Sukairi. |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang berusaha melaksanakan pematuhan syariah dalam pembangunan sukan negeri.
"Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah pelantikan Mufti negeri, Dato' Dr. Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk memberi nasihat dan panduan dalam pelaksanaannya.
"Untuk permulaan, semua pemain beragama Islam di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam sebarang pertandingan samada di dalam atau luar Terengganu," katanya.
Beliau memaklumkan hal itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Ke-14, hari ini.
Beliau bagaimanapun menyatakan atlet luar dari Terengganu tidak tertakluk kepada peraturan itu.
"Kita mahu memberi kesedaran dahulu kepada semua tanpa ada unsur paksaan sehingga suatu masa yang ditetapkan," katanya.
Negeri juga akan menggariskan panduan berpakaian kepada atlet bukan Islam.
"Setakat ini, kita tiada garis panduan lagi. Perbincangan akan dilakukan untuk kita tetapkan panduan ini," katanya.
Wan Sukairi mengingatkan bahawa bukan pakaian yang menghalang prestasi atlet, sebaliknya bakat dan kesungguhan. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah 2019, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah 2019"
Catat Ulasan