RM2.015 Bilion 'Bajet Berimbang' Terengganu 2019

Mengulas tentang RM2.015 Bilion 'Bajet Berimbang' Terengganu 2019 adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari RM2.015 Bilion 'Bajet Berimbang' Terengganu 2019. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

RM2.015 Bilion 'Bajet Berimbang' Terengganu 2019

Dr Ahmad Samsuri (tengah) ketika membentangkan Bajet 2019 di DUN Terengganu hari ini. 

KUALA TERENGGANU, 25 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2.015 bilion tahun depan sebagai 'bajet berimbang' melebihi RM1.996 bilion tahun sebelum ini bagi melaksanakan teras serta strategi Bajet Terengganu yang ditetapkan.

"Bagi tahun depan kita menjangkakan akan memperoleh hasil berjumlah RM2.015 bilion menjadikan bujet tahun 2019 merupakan bajet berimbang.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM66.93 juta merupakan Hasil Cukai, RM203.53 juta adalah Hasil Bukan Cukai dan RM1.745 bilion merupakan Terimaan Bukan Hasil," katanya ketika membentang Bajet Negeri Terengganu 2019 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Katanya, secara perinciannya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus.

"Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2.015 bilion tahun depan sebagai Bajet Berimbang."- Dr Ahmad Samsuri.
Daripada jumlah tersebut kata beliau sebanyak RM600 juta akan dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk Perbelanjaan Pembangunan.

"Ia termasuk RM186.2 juta untuk projek bayaran tertangguh (deferred payment) dan bayaran berjadual (scheduled payment). Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta kepada Kumpulan Wang Bekalan Air," jelas beliau.

Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, di bawah peruntukan Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM86.025 juta atau 4.27 peratus akan diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang termaktub secara khusus menurut undang-undang, manakala sejumlah RM1.929 bilion atau 95.73 peratus pula diperuntukkan untuk Perbelanjaan Perbekalan.

Barisan Exco Kerajaan Terengganu mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar (tengah) atas pembentangan bajet 2019 di DUN Terengganu pagi tadi. 
Menurutnya, di bawah peruntukan Perbelanjaan Bekalan pula, sebanyak RM285.47 juta untuk emolumen, RM197.1 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM24.98 juta untuk Aset, RM1.42 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM1.16 juta untuk Perbelanjaan lain-lain.

Beliau berkata, di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM600 juta adalah caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan, RM230 juta diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan Pelbagai agensi.

"Sebanyak RM184 juta diperuntukkan bagi pemberian kepada jabatan-jabatan kerajaan dan RM400 juta pula diperuntukkan bagi pelbagai program di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang akan memberi impak secara langsung kepada rakyat," jelasnya lagi.

Sementara itu Dr Ahmad Samsuri menjelaskan bahawa perancanaan bajet itu disokong oleh empat teras utama termasuk Teras Pertama, Keberkatan, Teras Kedua (Kemajuan), Teras Ketiga (Kebajikan) dan Teras Keempat (Kecekapan).

Sementara teras tersebut akan diperkukuhkan dengan lapan strategi pelaksanaan termasuk, mengukuhkan prinsip Islam, mewujudkan polisi patuh syariah, membangun kualiti modal insan, merancakkan pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan insitusi keluarga dan masyarakat, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan menerapkan nilai integriti dan ketelusan. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah RM2.015 Bilion 'Bajet Berimbang' Terengganu 2019, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "RM2.015 Bilion 'Bajet Berimbang' Terengganu 2019"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel