Pemuda UMNO DESAK P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN Menteri Perpaduan

Mengulas tentang Pemuda UMNO DESAK P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN Menteri Perpaduan adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Pemuda UMNO DESAK P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN Menteri Perpaduan. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Pemuda UMNO DESAK P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN Menteri Perpaduan

PEMUDA UMNO DESAK P. WAYTHA MOORTHY LETAK JAWATAN SELAKU MENTERI PERPADUAN

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mendesak dan menggesa agar P. Waytha Moorthy meletakkan dan melepaskan jawatan beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

2. Kelmarin tular video lama beliau selaku pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf memburuk-burukkan negara kepada Negara Luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah, menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum-kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil-kuil hindu dan menafikan hak asasi kaum lain di Malaysia.

3. Sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat yang dilakukan beliau sebagaimana yang ditularkan melalui video berdurasi 2 minit 39 saat itu.

4. Lebih mendukacitakan apabila sejak menjadi Menteri yang sepatutnya mempromosi perpaduan kaum dan pelbagai agama, beliau lebih cenderung untuk membangkitkan isu-isu yang mampu mencetus gelodak kemarahan rakyat dan membangkitkan api permusuhan di antara kaum.

5. Terbaru inisiatif dan kesungguhan beliau untuk mengheret negara untuk meratifikasi dan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya menzahirkan kesombongan dan keangkuhan beliau sungguhpun Kerajaan sedar bahawa majoriti rakyat melihatnya sebagai suatu yang mencabar hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang sememangnya isu yang amat sensitif.

6. Justeru Pemuda UMNO mendesak P. Waytha Moorty untuk melepaskan dan meletakkan jawatan selaku Menteri secara terhormat dan bermaruah atas kegagalan menguruskan isu-isu perkauman, keagamaan dan perpaduan dengan bijak. Malah imej radikal beliau ketika memimpin Hindraf hanya akan mengundang krisis keyakinan rakyat akan masa depan keharmonian negara berbilang agama dan kaum di negara ini.

7. Pemuda juga menggesa P. Waytha Moorthy juga agar menarik balik segala kenyataan fitnah dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas pengkhianatan beliau memburuk-burukkan negara di mata Negara-negara luar.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
18.11.18

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Pemuda UMNO DESAK P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN Menteri Perpaduan, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Pemuda UMNO DESAK P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN Menteri Perpaduan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel