Penyebaran risalah Kristian itu TERANCANG (Melayu Jgn NAIF sangat)
Mengulas tentang Penyebaran risalah Kristian itu TERANCANG (Melayu Jgn NAIF sangat) adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Penyebaran risalah Kristian itu TERANCANG (Melayu Jgn NAIF sangat). Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
Penyebaran risalah Kristian itu TERANCANG (Melayu Jgn NAIF sangat)
KEPALA BATAS 10 Nov. - Tindakan pihak tertentu menyebarkan risalah berkaitan Kristian bertajuk “How To Know God” di sekitar kawasan Taman Kuala Bekah dekat Penaga di sini awal pagi ini dibuat secara terancang.
Ini kerana risalah dalam bahasa Inggeris dan Malayalam itu dibalut dengan plastik sebelum diletakkan di dalam peti surat atau diselitkan pada pagar rumah penduduk taman itu yang 100 peratus beragama Islam.
Wakil Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pulau Pinang Saiful Anuar Sazali berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini boleh menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan penduduk serta menggugat keharmonian antara kaum.
"Saya amat terkejut apabila menerima maklumat berkaitan hal ini kerana risalah itu diletakkan di kawasan penduduk yang 100 peratus Islam serta dibuat secara tersusun kerana dibalut dengan plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti surat.
"Jadi saya mohon pihak berkuasa agar mengesan dalang yang menyebarkan risalah ini kerana ia melanggar prinsip Perlembagaan negara serta boleh menimbulkan suasana kacau bilau di kalangan masyarakat," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas di sini hari ini.
Pendapat sama dikongsi salah seorang penduduk taman itu, Basir Mat, 46, yang turut sama menerima risalah itu awal pagi ini dan mengakui perkara ini tidak sepatutnya berlaku di kawasan itu.
Jelasnya, dianggarkan terdapat lebih 30 penduduk menerima risalah itu yang dipercayai diletakkan antara pukul 3 hingga 6 pagi kerana pihak Komuniti Rukun Tetangga taman itu memaklumkan tidak terdapat kenderaan atau individu mencurigakan masuk ke kawasan itu selain daripada penduduk setempat sebelum itu.
"Kejadian ini adalah kali pertama berlaku di kawasan kami dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Memuat...
Itulah Penyebaran risalah Kristian itu TERANCANG (Melayu Jgn NAIF sangat), yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Penyebaran risalah Kristian itu TERANCANG (Melayu Jgn NAIF sangat)"
Catat Ulasan