Kerajaan 'Paksa' PETRONAS Bayar Dividen 80b Untuk Tampung Kekurangan SST.

Mengulas tentang Kerajaan 'Paksa' PETRONAS Bayar Dividen 80b Untuk Tampung Kekurangan SST. adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Kerajaan 'Paksa' PETRONAS Bayar Dividen 80b Untuk Tampung Kekurangan SST.. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Kerajaan 'Paksa' PETRONAS Bayar Dividen 80b Untuk Tampung Kekurangan SST.

NAJIB RAZAK | Kerajaan BN meninggalkan sekitar RM150 bilion di dalam rizab tunai Petronas.

Rizab ini naik berganda kerana kerajaan BN sepanjang 9 tahun ini tidak memaksa Petronas untuk membayar dividen berlebihan setiap tahun dan tidak memanggil Petronas untuk menyalur dana untuk projek-projek mega yang tiada kaitan dengan industri mereka.

Seperti yang saya tulis baru-baru ini, rizab Petronas juga naik kerana kerajaan BN dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012 telah menyelesaikan masalah perjanjian berat sebelah IPP yang dulunya mengakibatkan Petronas menanggung kerugian berpuluh bilion Ringgit setiap tahun dalam bentuk subsidi gas kepada IPP milik swasta.




Tahun 2017 dividen Petronas kepada kerajaan ialah RM16 bilion.

Tetapi, kerajaan PH hari ini akan memaksa Petronas untuk membayar dividen RM80 bilion iaitu RM26 bilion untuk tahun ini dan RM54 bilion pada tahun depan disebabkan oleh langkah-langkah populis yang tidak bijak seperti memansuhkan GST.

Tindakan ini menyebabkan syarikat penarafan antarabangsa menurunkan prospek penarafan Petronas dari stabil kepada negatif.

Di dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat beberapa bulan dahulu, saya telah memberi amaran bahawa langkah kerajaan untuk bergantung kepada unjuran harga minyak pada paras US$70 (berbanding unjuran US$52 dalam bajet masa saya) adalah berisiko tinggi atau bagai menjerut leher sendiri kerana harga minyak dunia tidak stabil dan bertakluk ke atas faktor geo-poliitk di luar kawalan kita.

Tambahan pula, Amerika Syarikat yang merupakan pengguna minyak terbesar di dunia tiba-tiba menjadi pengeluar minyak antara terbesar di dunia kerana pengeluaran minyak mereka semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini akibat peningkatan teknologi untuk mengeluarkan minyak dari "oil sands" negara itu.

Pada masa saya berucap di Dewan Rakyat, harga minyak dunia antara US$79 hingga US$86 satu tong.

Semalam telah jatuh kepada US$70 – sebagaimana amaran saya sebelum ini.

Jika harga jatuh lagi di bawah US$70 maka defisit bajet yang sudah tinggi untuk tahun depan akan bertambah teruk dan nilai matawang ringgit akan semakin menurun. Tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan juga akan berganda.

Semenjak saya menjadi Perdana Menteri, kerajaan BN telah berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak setiap tahun dari 42% kepada 16% sahaja.

Seperti yang ditunjuk di dalam carta di bawah, langkah ini berjaya dan ekonomi kita tidak lagi terdedah dengan risiko yang tinggi jika harga minyak tiba-tiba turun dengan banyak seperti berlaku pada tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia rendah sehingga hanyaUS$28 satu tong.

Oleh kerana langkah yang kita ambil itu, negara kita terselamat dari krisis pada masa itu.

Tetapi, kerajaan PH telah mengubah halatuju ini dan sangat bergantung kepada hasil minyak pada jumlah banyak untuk tahun 2019.

Jika harga minyak untuk tahun depan turun di bawah US$70 seperti unjuran kerajaan PH dalam belanjawaan mereka maka ekonomi kita bakal mengalami krisis. - 9 November 2018.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Kerajaan 'Paksa' PETRONAS Bayar Dividen 80b Untuk Tampung Kekurangan SST., yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Kerajaan 'Paksa' PETRONAS Bayar Dividen 80b Untuk Tampung Kekurangan SST."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel