Pertemuan khas PM hari ini bincang rombakan Kabinet?

Mengulas tentang Pertemuan khas PM hari ini bincang rombakan Kabinet? adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Pertemuan khas PM hari ini bincang rombakan Kabinet?. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Pertemuan khas PM hari ini bincang rombakan Kabinet?


PUTRAJAYA: Pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) selama kira-kira dua jam hari ini tidak menyentuh perbincangan mengenai rombakan Kabinet.
Difahamkan, pertemuan itu hanya membincangkan perincian Belanjawan 2019 selain beberapa isu lain berkaitan agenda dan pembangunan Bumiputera.
Tinjauan NSTP mendapati, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Rina Harun adalah jemputan paling awal tiba pada jam 8.30 pagi sebelum kenderaan dinaiki Dr Mahathir tiba 30 minit kemudian.
Turut dilihat adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.
Kenderaan dinaiki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah kemudian dilihat tiba pada jam 10.30 pagi sebelum pertemuan dijadual bermula pada jam 11 pagi.
Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan intipati pertemuan daripada Menteri dan Timbalan tidak berhasil apabila kenderaan rasmi ahli Kabinet itu hanya hanya berlalu meninggalkan perkarangan YKP pada jam 12.45 tengah hari.
Salahuddin ketika dihubungi wartawan turut enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk mengumumkannya.
"Saya difahamkan satu kenyataan mengenai kandungan pertemuan ini akan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.
"Antara perbincangan kami adalah mengenai proksi-proksi kerajaan dan itu sahaja yang saya boleh maklumkan," katanya.
Sebelum ini, timbul ura-ura kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet tidak lama lagi atau pada Disember ini susulan Perdana Menteri dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi anggota Kabinetnya.
NSTP difahamkan, Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan menteri hari ini, bagaimanapun butiran pertemuan itu tidak di Perincian. - BH

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Pertemuan khas PM hari ini bincang rombakan Kabinet?, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Pertemuan khas PM hari ini bincang rombakan Kabinet?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel