Polemik Susu Sekolah, Siapa Untung Sebenar ?

Mengulas tentang Polemik Susu Sekolah, Siapa Untung Sebenar ? adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Polemik Susu Sekolah, Siapa Untung Sebenar ?. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Polemik Susu Sekolah, Siapa Untung Sebenar ?


Bermula dengan menyatakan akan mendedahkan skandal susu PS1M, kemudian tampil beberapa menyatakan tiada rasuah disebalik pengedaran susu dan ia mengikut prosedur. Malah ada yang tampil menyatakan jika berlaku ketirisan, ia patut disiasat diperingkat pengagihan sekolah. Apakah susu tersebut diterima oleh pelajar. 

Apa yang dilihat ketaksuban Dr Maszlee yang terlalu kedepan menyatakan ketirisan sedangkan belum ada report berkaitan perkara tersebut, malah tiada individu yang dipanggil SPRM untuk disoal siasat berkaitan Program Susu. Sepatutnya, biarlah laporan dihantar kepada SPRM terlebih dahulu dan siasatan dibuat secara terperinci jika benar terdapat ketirisan. Bukannya terus mengatakan berlaku ketirisan sedangkan perkara tersebut belum sahih. 

Jika benar kementerian mahu melakukan perubahan, sepatutnya bukan setakat susu dititik berat tetapi setiap hidangan di kantin sekolah perlu diperhalusi. Pemantau pemakanan sihat yang dihidangkan dikantin sekolah juga perlu dititik berat. Haramkan hidangan hotdog dan makanan frozen yang tidak menyihatkan, melainkan hidangan tersebut dibuat sendiri dan bukannya dibeli secara frozen. Dengan tahap kulinari kita yang rendah atau tidak menitik berat nutrisi pemakanan yang dihidangkan, rasanya sukar untuk mencari pengusaha kantin yang memahami segala kehendak mengikut standard penyediaan kulinari kepada kanak-kanak.

Siapa yang untung dalam isu ni, hanya untuk polemik politik semata-mata dan tiada tindakan penangkapan dibuat (jika ada ketirisan). 


Skandal Susu, Maszle Janji Pendedahan
KiniTV | Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata skandal susu kotak yang hilang entah ke mana di bawah Program Susu 1 Malaysia (PS1M) hanyalah salah satu daripada banyak skandal oleh menteri terdahulu. Katanya, beliau sendiri akan mendedahkan skandal-skandal ini bagi membolehkan rakyat tahu ke mana duit mereka telah ‘menghilang’. Katanya, apa yang penting, projek susu oleh kerajaan lama tersebut telah pun gagal. Menurut Maszlee, langkah itu bukan sengaja mahu mencari kesalahan (witchhunting) kerajaan terdahulu, tetapi sebagai peringatan agar kerajaan sekarang tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Susu Tidak Hilang, Maszle Silap

Malaysiakini | Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyangkal kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia (PS1M) penuh skandal dan gagal.

Menurut laporan akhbar itu yang memetik sumber, semua lima syarikat pembekal susu yang dilantik pentadbiran lalu telah menghantar bekalan kepada lebih 7,000 sekolah yang terlibat dalam program itu, bermula Ogos hingga Oktober 2017.

Sumber yang dikatakan terlibat secara langsung dalam program itu mendakwa, proses pembekalan telah mengikut prosedur, termasuk mempunyai dokumen yang lengkap seperti surat setuju terima (SST), surat akuan penerimaan (SAP) dan invois tuntutan pembayaran.

“Kalau macam itu (susu tidak dihantar), penolong kanan serta guru besar juga perlu disiasat dan ditahan memandangkan mereka yang menandatangani SAP selepas bekalan tersebut dihantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik.

Pada 8 November lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa PS1M bagi tahun 2018 yang sepatutnya berjalan tahun ini dan telah diluluskan peruntukan, tidak diketahui kedudukannya.

Dalam laporan itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock mendakwa bekalan sepatutnya diedarkan ke sekolah melalui dua fasa, iaitu pada Mac dan Jun, bagi memenuhi keperluan murid dalam tempoh setahun.

"Bagaimanapun sejak awal tahun ini sekolah tidak menerima susu kotak tersebut. Memang ia tidak ada sebelum 9 Mei lagi," katanya ketika dihubungi.

Berhubung perkara itu, sumber yang dipetik akhbar itu berkata PS1M tidak diteruskan untuk tahun ini selepas peralihan kuasa pasca-PRU ke-14.

"PS1M 2018 sudah dibincangkan tetapi tiada kontrak dikeluarkan, maka untuk tahun ini memang tiada susu dibekalkan tetapi tahun lepas semua telah selesai,” katanya.

Terdahulu, Maszlee berkata program itu sudah gagal dan bekalan "hilang selama setahun".

"Apabila kita periksa kita pun tak tahu ke mana perginya, dan bukan itu saja (skandal yang ada)," katanya yang menjamin akan menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam kementeriannya ketika pentadbiran terdahulu.

Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid, yang sebelum ini berkata "tidak tahu" tentang masalah itu, hari ini berkata punca PS1M tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kegagalan kementerian kewangan mengeluarkan waran untuk tender pemerolehan susu kota.

Menurut Mingguan Malaysia, beliau berkata wang peruntukan program itu tidak hilang tetapi masih di bawah seliaan kementerian kewangan.

PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah.

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.

Lima syarikat pembekal yang terlibat dalam pengedaran susu kotak pada tahun lalu ialah Konsuma Sdn. Bhd, Sabah International Sdn. Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd., Hybrid Allied Dairy Company Sdn. Bhd. dan Holstein Milk Company Sdn. Bhd. 


Hentikan Polemik Politik Susu, Fokus Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak

Utusan | Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya isu bekalan susu kepada murid sekolah rendah tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, tidak sepatutnya murid-murid yang memerlukan menjadi sasaran pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan.

Pihak NUTP hanya memikirkan yang terbaik untuk anak didik kita tidak kira kerajaan yang memerintah. Justeru pihak NUTP merayu kepada pihak kerajaan untuk memberi susu segar kepada murid-murid dan bukan susu kotak yang berisi gula.
Sekiranya pengagihan susu segar tidak dapat dilakukan, NUTP mencadangkan makanan berzat tinggi seperti telur sebagai pengganti dan mengesyorkan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) lebih berkhasiat mengandungi buah-buahan dan peratusan sayuran lebih tinggi. 

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Polemik Susu Sekolah, Siapa Untung Sebenar ?, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Polemik Susu Sekolah, Siapa Untung Sebenar ?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel