Russia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Kawasan Berhampiran Ukraine

Mengulas tentang Russia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Kawasan Berhampiran Ukraine adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Russia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Kawasan Berhampiran Ukraine. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Russia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Kawasan Berhampiran Ukraine

Russia berkata semalam, ia akan menghantar lebih banyak sistem peluru berpandu permukaan ke udara canggih, S-400, ke Crimea dan kapal perang negara itu dihantar ke kawasan berhampiran ketika ketegangan dengan Ukraine meningkat susulan rampasan kapal tentera laut Kiev.

Related

Russia secara berterusan menghantar perkakasan baharu tenteranya ke Crimea sejak mendudukinya dari Ukraine pada 2014, menukarnya dalam apa digelar media disokong Kremlin sebagai kubu.

Pengumuman Moscow mengenai pengerahan peluru berpandu itu diikuti rampasan tiga kapal tentera laut Ukraine dan kru mereka Ahad lalu dalam apa yang dikatakan kemasukan haram ke perairan Russia, namun dinafikan Kiev.

Kiev memperkenalkan undang-undang tentera di sebahagian negara itu selepas insiden terbabit, mengatakan ia bimbang pencerobohan mungkin Russia.

Episod itu berisiko menghalang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin dalam sidang G20 di Argentina minggu ini.

Trump berkata kelmarin, beliau mungkin membatalkan pertemuan itu susulan insiden terbabit, namun Kremlin berkata semalam, ia beranggapan perbincangan masih diteruskan.

Seorang jurucakap tentera daerah selatan Russia, Vadim Astafyev, dipetik agensi berita semalam sebagai berkata, satu batalion baharu peluru berpandu S-400 akan dihantar ke Crimea tidak lama lagi dan boleh beroperasi menjelang akhir tahun.

Crimea sudah menempatkan tiga batalion sistem peluru berpandu anti-pesawat yang memiliki jarak sehingga 400 kilometer, membolehkan Russia mengawal sebahagian besar ruang udara di atas Laut Hitam.

Dalam pada itu, Putin berkeras semalam, pasukan keselamatannya berhak merampas tiga kapal Ukraine hujung minggu lalu.

Dalam kenyataan pertamanya sejak konfrontasi laut Ahad lalu, Putin berkata, ia dicetuskan Kiev sebagai satu ‘provokasi.’

Katanya, kapal Ukraine memasuki perairan milik Russia dan enggan menjawab permohonan supaya berhenti daripada bot peronda miliknya.

Berita Harian

Khabar Lainnya:

Itulah Russia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Kawasan Berhampiran Ukraine, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

Related Posts

0 Response to "Russia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Kawasan Berhampiran Ukraine"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel