Saya akan saman Loke’ – Vigneswaran

Mengulas tentang Saya akan saman Loke’ – Vigneswaran adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Saya akan saman Loke’ – Vigneswaran. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Saya akan saman Loke’ – Vigneswaran

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran menegaskan beliau tidak menyalahgunakan kedudukan dan keistimewaan yang ada padanya dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 Nov lalu.

“Saya merupakan penjawat awam yang mengikut perundangan yang ada,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Katanya isu itu membabitkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), iaitu syarikat swasta disenarai awam yang tiada kaitan dengan bidang kuasa Menteri Pengangkutan, dan sehubungan itu, beliau akan memfailkan saman terhadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook atas dakwaan mengatakan beliau melanggar peraturan keselamatan dalam insiden itu.

Dakwanya, Loke telah memfitnah dan memalukan anggota keluarganya serta memutar belit kenyataan.

“Saya sudah beritahu peguam saya dan akan saman dia (Loke) secepat mungkin. Beliau telah memalukan saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, memalukan keluarga, anak perempuan saya dicaci dengan kata kesat oleh netizen.

“Tindakan beliau mendedahkan video insiden di KLIA turut melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan saya akan buat laporan polis berhubung pelanggaran itu,” katanya

Kejadian berlaku pada 10.14 malam ketika Presiden MIC itu diminta berhenti oleh pegawai yang ditempatkan di laluan VIP kerana tidak mematuhi kod pakaian.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan pihak berkuasa, Vigneswaran tidak berhenti dan terus turun ke bahagian lobi VIP.

Loke sebelum ini turut menuntut agar Vigneswaran memohon maaf secara terbuka namun Vigneswaran bertegas tidak ada keperluan untuk beliau memohon maaf kerana dakwaan yang dibuat itu tidak betul dan berat sebelah.

Menurut Loke, satu laporan polis telah dibuat oleh pengurusan KLIA bagi siasatan menyeluruh dan kementerian akan menunggu laporan penuh daripada pihak berkenaan.

Sementara itu, Loke berkata beliau bersedia jika Vigneswaran mahu mengambil tindakan undang-undang kerana itu hak Yang Dipertua Dewan Negara itu untuk berbuat demikian.

“Terpulanglah kepada dia…suka hati dia, kalau dia (Vigneswaran) nak ambil tindakan undang-undang, apa saya boleh buat,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Laporan Status Pelaksanaan 51 Syor Penambahbaikan Panel Penasihat Bebas di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di Kajang.

Ditanya tentang dakwaan bahawa tindakannya mendedahkan video itu bertujuan menyingkirkan Vigneswaran daripada jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, Loke berkata: “Ini tidak ada kena-mengena dengan politik…ini berkenaan dengan ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang).”

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Saya akan saman Loke’ – Vigneswaran, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Saya akan saman Loke’ – Vigneswaran"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel