Selepas ICERD timbul pula isu baru iaitu ICCPR

Mengulas tentang Selepas ICERD timbul pula isu baru iaitu ICCPR adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Selepas ICERD timbul pula isu baru iaitu ICCPR. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Selepas ICERD timbul pula isu baru iaitu ICCPR


Lepas ICERD, timbul cadangan ICCPR pula. Sebagai seorang pensyarah undang-undang antarabangsa yang tiada apa-apa kepentingan politik peribadi, saya Dr.Yazid terpanggil hendak berkongsi pandangan guna bahasa mudah:

• Baru-baru ini kecoh satu Malaysia dengan isu ICERD. Orang Melayu dan orang Islam rasa kedaulatan negara dan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicabar oleh ICERD. 



• Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir sudah menjelaskan kepada media selepas penutupan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26 bahawa adalah mustahil untuk melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia kerana ICERD bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan penggubalan semula Perlembagaan Persekutuan. Ini bercanggah dengan kenyataan sebahagian menteri-menteri dan ahli politik yang sebelum ini memberi jaminan bahawa ICERD tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. 

• Bolehlah dirumuskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan menerima dan membuat ratifikasi ICERD dalam jangkamasa terdekat ini berikutan ketegangan yang timbul dan kemarahan orang Melayu khususnya.

• Seterusnya, rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan boleh meneruskan penerimaan atau ratifikasi konvensyen antarabangsa lain seperti The International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan The UN Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman and Degrading Treatment or Punishment.

• Konvensyen yang lain ini juga sebenarnya turut bermasalah dalam konteks Perlembagaan Malaysia. Contohnya, ICCPR menegaskan hak dan kebebasan beragama sebagai hak asas. Jadi, larangan pengembangan agama lain kepada orang Islam boleh dikira bercanggah dengan ICCPR. Selain itu, sekatan ke atas ajaran Syiah, dan ajaran-ajaran sesat yang bercanggah dengan fahaman Sunni di Malaysia juga merupakan sesuatu yang bercanggah dengan standard kebebasan beragama yang diterimapakai oleh majoriti negara luar. 

• Hukuman berbentuk syariah seperti sebat atau hukuman sebat dikhalayak ramai untuk tujuan pencegahan, selaras dengan Quran juga bercanggah dengan standard yang dipakai oleh banyak negara luar kerana boleh dikira sebagai degrading atau inhuman treatment. Sedangkan konsep pencegahan itu sebahagian daripada hikmah sistem undang-undang Islam.

• Sepatutnya Pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu, dan kebenaran dan izin Majlis Raja-Raja diperlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam sebelum apa-apa konvensyen yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam diterima.

• Malaysia hebat kerana kita tak akur dan tunduk pada tekanan luar selama ni. Contohnya isu perbankan Islam. Dunia tidak kenal dan tak tahu bahawa ada alternatif kepada sistem perbankan berasaskan riba' yang diguna diseluruh dunia ketika itu. Malaysia tidak akur pada standard dan praktis antarabangsa sebaliknya memperkenalkan sistem kewangan Islam kita sendiri. Malaysia sekarang terkenal hebat sebagai pusat kewangan Islam dunia. 

• Saya percaya rakyat Malaysia sebenarnya berharap agar kerajaan memberi tumpuan untuk membaiki ekonomi Malaysia yang terbeban dengan hutang yang mencecah ratusan billion dan bukan membuang masa dan tenaga rakyat dengan isu-isu yang sekadar mengganggu keharmonian kaum.

* Ini merupakan pendapat peribadi saya sahaja.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Selepas ICERD timbul pula isu baru iaitu ICCPR, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Selepas ICERD timbul pula isu baru iaitu ICCPR"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel