Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang

Mengulas tentang Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang

KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, harus meletakkan jawatan kerana membangkitkan kemarahan orang ramai berhubung cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Malah, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) itu harus disiasat pihak berkuasa kerana tindakannya yang dilihat lebih menjurus kepada perpecahan kaum.
“Beliau bukan saja harus meletak jawatan kerana gagal menjaga perpaduan dan keharmonian sehingga menyebabkan keadaan kecoh pada masa ini...tetapi perlu ditahan, disiasat dan didakwa sekiranya mendapati ada unsur-unsur kesalahan.
“Tindakannya ibarat mencurah minyak ke api, ramai yang marah dengan tindakannya...jangan biarkan perkara ini berlanjutan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 26 Oktober lalu, Waytha Moorthy, dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.
Namun, Perdana Menteri Tun, Dr Mahathir Mohamad, kemudian dilapor berkata rundingan membabitkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia adalah negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.
Sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak berhubung hasrat kerajaan meratifikasi ICERD dijangka dimulakan Januari depan.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam menegaskan yang parti itu tidak akan menyertai sebarang rundingan dengan kerajaan mengenainya dan menolak sepenuhnya cadangan meratifikasi ICERD.
Cadangan kerajaan untuk meratifikasi ICERD mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel