Skim Insurans B40: UMNO Dakwa LGE Tipu Rakyat?

Mengulas tentang Skim Insurans B40: UMNO Dakwa LGE Tipu Rakyat? adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Skim Insurans B40: UMNO Dakwa LGE Tipu Rakyat?. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Skim Insurans B40: UMNO Dakwa LGE Tipu Rakyat?


BONGKAR… Genap seminggu pasca Belanjawan 2019 dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, namun isu ‘panas’ ini sehingga kini enggan diulas penyokong pro-Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Apa tidaknya, pengumuman aneh Setiausaha Agung DAP itu di Dewan Rakyat pada 2 November lalu bahawa Great Eastern Life Insurance sumbang RM2 bilion untuk skim insurans golongan miskin, ternyata cetus soalan cepumas.
Dalam media sosial, kecoh ramai netizen waima pro-PH luah hairan kenapa Guan Eng pilih syarikat insurans yang berpusat di Singapura itu sebagai satu-satunya penyumbang untuk program pembiayaan kesihatan kelompok B40.
Adakah firma berkenaan terlalu hebat dan tiada syarikat tempatan layak bantu kerajaan PH untuk tanggung beban pesakit kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah itu bagi hanya terima rawatan empat penyakit kritikal?
Justeru, Pemuda UMNO semalam tampil persoalkan pengumuman pelik Guan Eng berhubung sumbangan Great Eastern itu seolah-olah ada perjanjian rahsia waima dipilih tanpa perlu melalui proses tender terbuka yang telus.
Naib Ketuanya, Shahril Hamdan berkata Guan Eng semasa bentang turut berterima kasih kepada Great Eastern atas sumbangan itu, tetapi media Singapura pula melaporkan syarikat tersebut belum setuju buat apa-apa sumbangan.
“Mana satu betul? Adakah Guan Eng telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat yang saksi hebahan beliau itu menerusi siaran televisyen,” katanya dalam hantaran menerusi akaun sosial Facebook miliknya.
Tambah Shahril, media sama melaporkan syarikat itu pula sedang berbincang dengan kerajaan PH “bagi dapat pengecualian” daripada syarat Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu jual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.
“Secara jelas, Great Eastern memberitahu bahawa satu kaedah untuk dapat pengecualian khas pihak BNM itu ialah dengan buat sumbangan RM2 bilion tersebut untuk skim ini? Harap Guan Eng boleh buat penjelasan secara telus.
“Pertama adakah anda sebenarnya mahu berbohong atau cuba mengelirukan Dewan Rakyat? Kedua, Belanjawan 2019 ini untuk kepentingan rakyat Malaysia atau kepada syarikat Singapura?” soal Shahril lagi dalam nada sindiran.
Beliau merujuk Guan Eng pada Belanjawan 2019 akan wujud Skim Insurans B40 dengan hanya Great Eastern bakal sumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan beri perlindungan RM8,000 untuk empat penyakit kritikal.
Untuk rekod, pada tahun 2009, kerajaan Barisan Nasional (BN) memutuskan syarikat insurans di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% oleh mana-mana firma asing dengan penguasaan paling maksimum dihadkan kepada 70%.
Tahun lepas, BNM beri amaran terakhir kepada syarikat insurans asing yang masih belum patuh peraturan ini. Ironi, portal Singapore Business Reviewmelaporkan keadaan sebaliknya melibatkan Great Eastern Holdings Ltd.
Ia ketika ini masih bincang dengan kerajaan Malaysia berhubung isu Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. mampu penuhi keperluan pemilikan asing dan belum putus sumbang dana RM2 bilion. – Agensi/Mynewshub.TV

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Skim Insurans B40: UMNO Dakwa LGE Tipu Rakyat?, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Skim Insurans B40: UMNO Dakwa LGE Tipu Rakyat?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel