Tiang Masjid Lagi Banyak Daripada Jemaah

Mengulas tentang Tiang Masjid Lagi Banyak Daripada Jemaah adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Tiang Masjid Lagi Banyak Daripada Jemaah. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Tiang Masjid Lagi Banyak Daripada Jemaah


Oleh : Mohd Haniff Abas

KUALA NERUS, 14 November-  `Tiang masjid lagi banyak daripada jemaah' merupakan ungkapan yang sering menjadi perumpamaan untuk membandingkan bilangan jemaah yang hadir ke satu-satu rumah ibadat itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, antara perkara yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menceritakan suasana akhir zaman ialah masjid-masjid banyak dibina dan tersergam indah tetapi sunyi daripada petunjuk Allah SWT.


“MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) merupakan organisasi pelaksana kerajaan negeri di peringkat akar umbi, apabila akar sepohon pokok diberi baja dan air secukupnya, maka daun dan batangnya akan sihat serta menghasilkan buah yang berkualiti.

“Institusi masjid merupakan nadi kepada pembinaan  pembangunan tamadun manusia dan petunjuk kepada jatuh bangun sesuatu masyarakat.

“Rasulullah SAW dalam membina tamadun manusia di Madinah Al- Munawwarah bermula dengan pembinaan masjid sebagai satu isyarat bahawa sebarang tamadun atau pembangunan yang hendak dibina selepas itu mestilah bermula dengan hubungan dan ikatan yang erat dengan Allah SWT,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian penutup Majlis Perjumpaan Imam, Bilal, MPKK dan Jawatankuasa Masjid Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus di Dataran Arena Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Pengurusan Kewangan Dan Pembangunan JHEAT, Azhar Yusof, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman, Ustaz Mohd Soud Said.

Ustaz Ridzuan juga mengaitkan logo Terengganu maju, berkat dan sejahtera yang di dalamnya terkandung gambaran masjid melambangkan kepada pembangunan modal insan dan bentuk bulatan yang menggambarkan pemuafakatan sesama masyarakat.




“Landskap politik terkini yang didominasi oleh orang bukan Islam menyebabkan mereka begitu berani mencabar Islam.

“Edaran risalah kristian kepada pelajar sekolah selepas waktu pembelajaran di Pulau Pinang dan Taman Perumahan di Shah Alam serta isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menuntut kepada pemuafakatan supaya umat Islam tidak terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang melanda sekarang ini.

“Cabaran ini menuntut kepada kesungguhan kita untuk memperkuatkan akar umbi melalui institusi masjid, mengimarahkan dan mengembalikan fungsinya yang sebenar di samping kerjasama erat dan muafakat bersama komuniti kampung khususnya MPKK,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar semua hadirin di majlis itu dapat membuat anjakan paradigma ke arah suasana lebih baik, positif dan bersemangat dalam menghadapi cabaran getir serta bersama-sama merealisasikan hasrat ke arah Negeri Terengganu maju, berkat dan sejahtera. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Tiang Masjid Lagi Banyak Daripada Jemaah, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Tiang Masjid Lagi Banyak Daripada Jemaah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel