Tidak Beragama Samaratakan Agama
Mengulas tentang Tidak Beragama Samaratakan Agama adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Tidak Beragama Samaratakan Agama. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
KUALA TERENGGANU, 20 November - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam wajib menentang ICERD kerana dasar kesamarataannya yang tidak adil termasuk menyamaratakan Islam dengan agama lain.
Tidak Beragama Samaratakan Agama
"Tak boleh samaratakan Islam dengan agama lain ." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi |
Orang yang melakukan perbuatan tersebut disifatkannya sebagai tidak beragama.
Beliau berkata, ICERD ialah satu fahaman yang dibawa oleh barat supaya memberi hak samarata antara kaum kononnya untuk menegakkan keadilan.
"Kita kena faham bahawa maksud adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, " katanya.
Sebagai contoh ibu bapa yang ada anak 10 orang, tidak sama dengan ibu bapa yang mempunyai anak tiga orang.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi (kanan) menyampaikan tausiyahnya di Masjid Abidin Kuala Terengganu semalam |
"Tak boleh atas dasar sama rata menyamakan pembahagian (nafkah dan lain-lain) antara kedua-duanya.
"Mesti dibezakan antara kedua jenis ibu bapa itu," jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tausiyah sempena Majlis Ambang Maulidul Rasul di Masjid Abidin di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Exco-exco Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed.
Dr Ahmad Samsuri bersalaman dengan orang ramai di Masjid Abidin Kuala Terengganu semalam. |
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, orang Islam bumiputera di negara ini dalam keadaan ketinggalan, diatur oleh penjajah Inggeris dahulu.
Katanya, orang bukan Islam diletak di bandar, manakala orang Islam diletak di pinggir bandar, di kampung dan di kawasan pendalaman.
Menurut beliau, orang bukan Islam di bandar menguasai perniagaan dan pelabuhan manakala orang Islam banyak yang miskin dan kemudahan pelajarannya lemah.
"Orang Islam telah diberi hak tidak adil oleh penjajah kerana mereka disisih sejak dahulu untuk menguasai bandar dan ekonomi negara.
"Justeru ICERD wajib ditentang kerana menjadikan kedudukan agama Islam sama dengan agama-agama lain, " tegasnya.
Orang Islam katanya, tidak boleh menyifatkan Islam sama dengan agama lain kerana orang yang menyifatkan demikian tidak beragama.
Menurut beliau, orang Islam wajib menjaga sempadan termasuk tidak menyamakan Islam dengan agama lain.
"Nak perjuangkan persamaan hak sehingga menganggap Islam sama dengan agama lain, ini tidak betul kerana orang menyamaratakan Islam dengan agama lain sebenarnya dia tidak beragama," tegasnya lagi. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah Tidak Beragama Samaratakan Agama, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Tidak Beragama Samaratakan Agama"
Catat Ulasan