TMJ nasihat RMS jangan terpedaya dengan 'jerung'

Mengulas tentang TMJ nasihat RMS jangan terpedaya dengan 'jerung' adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari TMJ nasihat RMS jangan terpedaya dengan 'jerung'. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

TMJ nasihat RMS jangan terpedaya dengan 'jerung'

TMJ
Tunku mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
 
RAJA Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah dinasihatkan supaya tidak terpedaya dan mudah tunduk dengan 'jerung-jerung' yang cuba mengambil kesempatan di atas dasar peribadi dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), kata Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkata demikian di laman Twitternya, @HRHJohorII selepas diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda FAS oleh salah seorang pengikutnya.

Tunku Ismail menjelaskan, sebagai individu yang mempunyai jawatan tertinggi dalam persatuan, Tengku Amir perlu mendapatkan nasihat daripada orang yang betul agar tidak wujud sebarang agenda jahat yang boleh menghancurkan perjalanan badan induk bola sepak Selangor itu.
 
"Libatkan diri lebih banyak dan cintailah bola sepak. Di JDT saya ada kuasa mutlak dan sentiasa terlibat dalam semua perkara yang berlaku dalam kelab dan tidak benarkan ada pihak cuba memandai-mandai untuk mengambil kesempatan.

"Dalam kes FAS, saya tahu ada banyak 'jerung' yang cuba ambil kesempatan mendapatkan peruntukan kerajaan negeri. Apa yang saya takut ialah RMS tidak menyedari permainan ini," katanya.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut menyifatkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebagai individu terbaik yang mampu memberian nasihat kepada RMS mengenai bola sepak.

"RMS perlu dapatkan nasihat daripada orang yang betul dan bukannya meraka yang tiba-tiba munculkan diri bila berubah tampuk kepimpinan.

Antara yang terbaik saya lihat ialah Menteri Besar Selangor kerana dia sangat mencintai bola sepak dan mempunyai banyak pengalaman," katanya.

Tambahnya, RMS diharap dapat mempelajari sesuatu daripada kemelut yang melanda FAS sekarang dan menjadikannya pengajaran berguna di masa akan datang.

"Saya harap RMS belajar daripada kesilapan yang pernah saya buat di waktu awal dahulu, iaitu menggajikan orang yang salah dalam kelab. Mujurlah saya cepat belajar dan saya harap RMS juga sama seperti itu memandangkan pelantikan orang yang tepat untuk persatuan adalah perkara paling mustahak," ujarnya.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah TMJ nasihat RMS jangan terpedaya dengan 'jerung', yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "TMJ nasihat RMS jangan terpedaya dengan 'jerung'"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel