UIA hanya tahu desas-desus Maszlee akan letak jawatan

Mengulas tentang UIA hanya tahu desas-desus Maszlee akan letak jawatan adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari UIA hanya tahu desas-desus Maszlee akan letak jawatan. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

UIA hanya tahu desas-desus Maszlee akan letak jawatan

MALAYSIAKINI

   

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) menafikan dakwaan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan meletakkan jawatan sebagai presiden universiti itu dan sedang mencari calon pengganti.

Jurucakap Pejabat Komunikasi Korporat UIAM berkata setakat ini, pihaknya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu.

“Kami juga tidak tahu daripada mana sumber berita itu diperoleh kerana ia bukan daripada pihak kami.

“Setakat hari ini, kami tidak dimaklumkan apa-apa dan kami mengetahui desas-desus mengenai perkara itu pun daripada portal-portal berita sahaja,” katanya kepada Utusan Online semalam.

Semalam, pembantu menteri itu dilapor berkata meskipun tiada tekanan untuk Maszlee berundur, peletakan jawatannya akan mengambil sedikit masa kerana kini adalah minggu konvokesyen universiti.

Pembantu itu memberitahu Malaysiakini bahawa Maszlee akan meletakkan jawatan sebaik sahaja beliau mendapat pengganti yang sesuai.

Maszlee sebelum ini berada di bawah tekanan untuk meletak jawatan dari UIA sejak dilantik sebagai sebagai presiden ketujuh universiti itu pada September lalu.

Kumpulan mahasiswa melihat kedudukannya melanggar manifesto pilihan raya Pakatan Harapan yang menjamin autonomi universiti, manakala penggubal undang-undang menyifatkan pelantikan itu mempunyai konflik kepentingan memandangkan kedudukannya sebagai menteri pendidikan.

Maszlee pada mulanya enggan melepaskan jawatan tersebut dan menyatakan beliau dilantik sebagai presiden UIA oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah atas nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa ia bertentangan dengan manifesto disebabkan UIA tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana ia mempunyai perlembagaan sendiri.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah UIA hanya tahu desas-desus Maszlee akan letak jawatan, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "UIA hanya tahu desas-desus Maszlee akan letak jawatan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel