Wujudkan Enakmen Kawal Agama Bukan Islam

Mengulas tentang Wujudkan Enakmen Kawal Agama Bukan Islam adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Wujudkan Enakmen Kawal Agama Bukan Islam. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Wujudkan Enakmen Kawal Agama Bukan Islam


2 Rabiulawal 1440H, Sabtu– Semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak wajib mempunyai Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam bagi membolehkan siasatan dan pendakwaan dibuat apabila berlaku sebarang tindakan penyebaran agama lain dalam kalangan umat Islam.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, selagi tiada peruntukan itu di setiap negeri, kes penyebaran kitab Bible kepada pelajar sekolah di Bukit Mertajam baru-baru ini, tidak akan berakhir.
“Situasi ini seolah-olah kita memberi peluang untuk mereka yang berkaitan naik tocang. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi, tetapi tiada kesalahan seperti denda atau hukuman penjara ditetapkan dalam peruntukan tersebut.
“Kesalahan, denda, hukuman penjara hanya boleh dilaksanakan di bawah peruntukan undang-undang yang perlu digubal dan diwartakan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu,” katanya dalam wawancara Utusan Malaysia.
Beliau berkata, negeri seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak yang masih tidak menggubal enakmen berkenaan perlu mengetepikan sentimen serta kepentingan politik.
“DUN Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak perlu menghormati semangat Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan itu dengan menggubal Enakmen Kawal Agama Bukan Islam dengan segera.
“Wilayah Persekutuan pula di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk membawanya ke peringkat Parlimen agar dapat dijadikan sebagai undang-undang,” katanya.
Ditanya sama ada enakmen berkenaan dikuatkuasakan dengan baik di lapan negeri lain, Zainul Rijal berkata:
“Sudah tentu, malah perbicaraan pernah dijalankan di mahkamah sivil seperti yang berlaku di Pahang iaitu Timbalan Pendakwa Raya melawan seorang individu kerana didakwa melakukan penyebaran agama Hindu.”
Beliau berkata, kebanyakan kes penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam berlaku di negeri-negeri yang tidak memiliki enakmen tersebut.
Justeru, Zainul Rijal menggesa pihak berkaitan supaya membuka mata mempertimbangkan semula perkara berkenaan.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan kegiatan pihak tertentu mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengesahkan kejadian berkenaan dan menjelaskan ia dilakukan beberapa individu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Wujudkan Enakmen Kawal Agama Bukan Islam, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Wujudkan Enakmen Kawal Agama Bukan Islam"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel