YPKT Lahir 1,170 Huffaz Kanak-kanak

Mengulas tentang YPKT Lahir 1,170 Huffaz Kanak-kanak adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari YPKT Lahir 1,170 Huffaz Kanak-kanak. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

YPKT Lahir 1,170 Huffaz Kanak-kanak

Haji Yahaya (dua dari kiri) menyampaikan sijil dan hadiah saguhati kepada kanak-kanak di Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak TPK Parlimen Marang. 
MARANG, 15 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjaya melahirkan seramai 1,170 kanak-kanak berumur empat tahun yang menghafaz sebanyak 23 ayat lazim seluruh negeri tahun ini, termasuk 132 orang kanak-kanak dari Parlimen Marang.

Beliau berkata tahun ini Majlis Hafaz Muqaddam anjuran YPKT dilaksanakan mengikut Parlimen dan bagi parlimen Marang yayasan itu berjaya melahirkan seramai 132 huffaz cilik.

"Saya percaya dengan kurikulum bersepadu yang dilaksanakan oleh YPKT di 66 buah TASKA PERMATA KELUARGA (TPK) seluruh negeri, mampu menggilap dan meningkatkan potensi diri sekaligus menerapkan nilai-nilai kerohanian dan sahsiah diri anak-anak sejak awal usia," ujarnya.

Haji Yahaya berucap di Majlis Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) dan Graduasi 2018, TPK Parlimen Marang.
Kerajaan Negeri katanya sangat menggalakkan usaha menyubur pembinaan keluarga bahagia sebagai asas kesejahteraan rakyat, apatah lagi institusi keluarga adalah unit terpenting dalam pembinaan setiap masyarakat.

Justeru kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM20 juta setahun untuk kos pengurusan dan operasi TASKA seluruh negeri, manakala hasil kutipan yuran adalah kira-kira RM10 juta setahun.

"Ini menunjukkan kerajaan negeri perlu menanggung kos pengurusan sebanyak RM10 juta setahun iaitu kira-kira 50 peratus daripada kos perbelanjaan tidak termasuk kos pembaikian, penyelenggaraan bangunan TASKA dan peralatan serta permainan kanak-kanak," jelasnya.

Kanak-kanak Parlimen Marang diraikan di Majlis Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) dan Graduasi 2018, TPK Parlimen Marang.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali dalam Majlis Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) dan Graduasi 2018, TPK Parlimen Marang anjuran YPKT di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah YPKT Haji Mohd Shafaruddin Mustaffa, Isteri Haji Yahaya, Hajah Zarani Othman yang juga Ibu Angkat TPK Pengadang Baru, Ibu Angkat TPK Taman Desa Permai, To' Puan Seri Hajah Zainah Awang Ngah, Ibu Angkat TPK Belukar Jambu, Zainon Wahab, Ibu Angkat TPK Kampung Pak Madah, Arinah Lah dan Pengurus Besar PTPTN Negeri, Azizah Nasik @ Abd Rashid.

Dr Ahmad Samsuri seterusnya berkata, YPKT merupakan satu-satunya agensi kerajaan negeri terbesar dalam negara yang melaksanakan perkhidmatan TASKA untuk kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah.

Justeru katanya, dengan penubuhan TPK, ia telah memberi peluang kepada kanak-kanak di rumah bagi memperolehi suatu bentuk asuhan dan didikan formal sebagaimana diajar di pusat asuhan tersebut. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah YPKT Lahir 1,170 Huffaz Kanak-kanak, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "YPKT Lahir 1,170 Huffaz Kanak-kanak"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel