Dalang rusuhan kuil sudah dikenal pasti

Mengulas tentang Dalang rusuhan kuil sudah dikenal pasti adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Dalang rusuhan kuil sudah dikenal pasti. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Dalang rusuhan kuil sudah dikenal pasti

 
   

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dalang yang mengakibatkan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 26 Nov lalu.

Selain itu, Muhyiddin juga memaklumkan bahawa seorang saksi tampil bagi membantu siasatan berhubung anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim yang cedera dalam insiden itu.

"Polis sudah ada maklumat dan mereka yang disyaki sudah ada yang diambil tindakan, dan kini bilangan yang ditahan semakin bertambah.

"Ada kerjasama daripada orang ramai yang membantu umpamanya kes (melibatkan anggota bomba) Muhammad Adib.

"Seorang saksi telah tampil untuk memberikan keterangan dan kita akan siasat perkara itu sampai terbukti pihak yang bersalah," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan KDN bersama PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

Mengulas berhubung 28 saksi yang sedang dicari bagi membantu siasatan kes tersebut, Mohamad Fuzi berkata sehingga kini belum ada pihak yang tampil.

"Setakat ini belum ada saksi yang datang memberikan keterangan," katanya.

Setakat ini polis telah menahan 83 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, mengulas himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang akan diadakan Sabtu ini, Muhyiddin menasihatkan penganjur agar menjaga tutur kata agar tidak menimbulkan ketegangnan kaum.

“Kami dah beri pelbagai nasihat dan pandangan, yang penting kalau nak meneruskan juga dia kena jaga tutur kata, bahasa yang digunakan supaya tidak membangkitkan perasaan marah atau menimbulkan keadaan lebih ketegangan.

“Lebih-lebih lagi kita tahu kita masih belum selesai menangani masalah kuil dan isu itu masih timbul kerana masih ada pihak yang bimbang (dengan rusuhan yang berlaku di kuil baru-baru ini),” katanya.

Selain itu, Muhyiddin turut mengingatkan agar peserta himpunan berkenaan tidak membawa kanak-kanak.

"Sewajarnya tidak melibatkan kanak-kanak. Itu satu kesalahan kerana kanak-kanak tidak harus dilibatkan,” tambahnya.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Dalang rusuhan kuil sudah dikenal pasti, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Dalang rusuhan kuil sudah dikenal pasti"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel