Jho Low: Saya didakwa sebab 'rejim Mahathir' gagal

Mengulas tentang Jho Low: Saya didakwa sebab 'rejim Mahathir' gagal adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Jho Low: Saya didakwa sebab 'rejim Mahathir' gagal. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Jho Low: Saya didakwa sebab 'rejim Mahathir' gagal

MALAYSIAKINI

   

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa pertuduhan mahkamah yang dikenakan terhadapnya bertujuan mengalihkan perhatian terhadap "kegagalan rejim Mahathir" mentadbir negara.

Jho Low berkata demikian dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan sebuah syarikat perhubungan awam di Sydney, Australia bagi pihaknya.

Low berkata pentadbiran PH, pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengabaikan kedaulatan undang-undang dan salah tafisr perlembagaan.

“Pendakwaan ini bertujuan mencipta sebuah lagi rasa selamat palsu kerana kerugian politik yang dibawa rejim (Dr) Mahathir sendiri disebabkan kegagalannya dalam isu-isu semasa; mengabaikan kedaulatan undang-undang; dan salah tafsir Perlembagaan yang disengajakan.

“Ia tidak lebih daripada kelangsungan perbicaraan oleh media dan tindak balas politik oleh rejim (Dr) Mahathir," jelasnya.

Low sekali lagi mengulangi pendiriannya yang beliau tidak bersalah pada semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Waran tangkap buat Jho Low

“Cukup jelas yang Low tidak boleh mendapat perbicaraan adil di Malaysia, di mana rejim berulang kali membuktikan yang mereka tidak berminat (menghormati) kedaulatan undang-undang,” kata kenyataan itu lagi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan empat individu lagi.

Empat individu itu ialah Eric Tan Kim Loong, 40, Tang Keng Chee, 53, Geh Chong Heng, 47, yang ketiga-tiganya merupakan pegawai 1MDB dan seorang wanita, Loo Ai Swan, 45, bekas peguam 1MDB.

Tengah hari tadi, mahkamah membuat pendakwaan tanpa kehadiran (in absentia) terhadap lima individu itu. Pendakwaan bagaimanapun tidak dibacakan di depan hakim.

Jho Low berdepan lima pendakwaan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Jho Low: Saya didakwa sebab 'rejim Mahathir' gagal, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Jho Low: Saya didakwa sebab 'rejim Mahathir' gagal"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel