(INI PENJELASAN) Penjawat Awam "GEMUK"? Tun M KELIRU atau Terlupa

Mengulas tentang (INI PENJELASAN) Penjawat Awam "GEMUK"? Tun M KELIRU atau Terlupa adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari (INI PENJELASAN) Penjawat Awam "GEMUK"? Tun M KELIRU atau Terlupa. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

(INI PENJELASAN) Penjawat Awam "GEMUK"? Tun M KELIRU atau Terlupa

Gambar Hiasan: Jika Tidak jadi Penjawat Awam, Mungkin Mereka akan menoreh getah
PERKHIDMATAN AWAM 'GEMUK'?
.
Dr Mahathir, yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah, tidak gembira falsafahnya tidak diikuti oleh pengganti beliau dalam tempoh 15 tahun ketiadaannya dalam kerajaan.

“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya.

“Mereka menambah bilangan pekerja, daripada 1 juta ketika saya berundur kepada 1.6 juta orang,” katanya.

Beliau berkata, beban itu kini diwariskan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang 2 kali setahun. Mula-mula 10% dan kemudian 10% lagi.” (pernah ke korang naik gaji sampai 10%, aku tak pernah, PM pun tak dapat maklumat betul ke? ) 

“Apa yang mereka buat adalah beli kesetiaan penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka, kadang-kadang sebanyak 25%.

Sumber:
Pak Lah, Najib tinggalkan perkhidmatan awam ‘gemuk’, kata Dr M
https://ift.tt/2RlfL42

INI SATU PENJELASAN 

.
Ada beberapa sisi yang kita mungkin perlu tengok apabila membicarakan mengenai saiz perkhidmatan awam di Malaysia seperti yang telah diperkatakan oleh Tun M. Ianya adalah seperti yang berikut:

1.  Perbandingan Nisbah Penjawat Awam:Populasi penduduk di antara tahun 2003 dan 2018.

2003 (Zaman Tun M) :
- Populasi:  25 Juta
- Penjawat awam: 1 Juta
- Ratio: 1:25

2018 (zaman moden)
- Populasi:  32.4 Juta
- Penjawat awam: 1.62 Juta
- Ratio: 1:20
.

2. Pecahan-pecahan terbesar yang terdapat di dalam 'pie' penjawat perkhidmatan awam di Malaysia.

Pendidikan (Guru): 421,828 (2016)
Keselamatan (Tentera): 152,357 (2018)
Keselamatan (Polis) : 121,507 (2017)
Kesihatan : 268,014 (2018)
Keseluruhan: 963,703/1.62 Juta (59.48%)
.

3. Perbandingan Nisbah penjawat awam negara-negara lain apabila digabungkan seperti di Malaysia.

Jika digabungkan semua perkhidmatan awam dibawah satu payung seperti di Malaysia:

i) France:
France contohnya, mereka mengasingkan jumlah kepada 3 kategori perkhidmatan awam, hospital/kesihatan dan juga keselamatan dan kalau digabung ketiga tiga ni jumlah public servant mereka adalah mencecah 6 juta orang populasi penduduk France adalah 60 juta.

Ratio 1:10.

ii) Germany:
Sama juga di Germany, disatukan semuanya dibawah Offentlicher Dienst, perkhidmatan awam, semi gov total 5 juta, populasi 80 juta.

Ratio 1:16

iii) UK:
Selain dari 3 Civil service yang utama iaitu, Her Majesty Civil Service, Her Majest diplomatic service dan juga Northern Ireland Civil service, jika ditambah dengan  British Armed Forces,Polis, officers of local government authorities or quangos of the Houses of Parliament, pekerja National Health Service (NHS), dan juga staff Royal Household, total 6.1 juta populasi 66 juta.

Ratio 1:11

iv) Nisbah negara-negara lain jika menggunakan pengiraan yang sama seperti di Malaysia:
Amerika Syarikat (AS) 1:14
Australia 1:12 
New Zealand 1:13.
.

4.  Definisi Penjawat awam di Malaysia yang berbeza

Kita harus fahami definisi penjawat awam di negara kita yang merangkumi semua sektor perkhidmatan adalah tidak seperti di negara lain.

Jika tiga sektor berkenaan (Pendidikan, Kesihatan, Keselamatan) tidak dirangkumkan sebagai sebahagian daripada penjawat awam seperti di negara-negara lain seperti yang disebut diatas, nisbah penjawat awam di negara kita dengan populasi rakyat Malaysia adalah dalam julat 1:44 - 1:49 (656,000:32,400,000)

Selain itu, kita kena tahu juga bahawa 2.8 peratus daripada keseluruhan 1.62 juta penjawat awam di negara ini juga adalah berstatus kontrak, yang mana kesan kewangan kepada kerajaan seperti pencen juga adalah pastinya akan berbeza dengan perkerja tetap.
.

5.  Memenuhi Standard Antarabangsa (KPI)

Tidak dilupakan juga apabila kita berbicara mengenai perkhidmatan kerajaan, setiap darinya ada standard international/KPI yang perlu dipenuhi.

Sebagai contoh, Nisbah polis mengikut populasi yang direkomendasi oleh INTERPOL adalah 1:250, kita kini berapa pada 1:270 (120K:32.4Juta).

Sama juga kepada nisbah guru dan murid, di mana ratio guru dan murid kita adalah pada nisbah 1:11 jika dibandingkan dengan 1:31 pada tahun 1970an . (mahu kembali ke tahun 70an ke?) 

Nisbah yang mana jauh lebih baik than OECD Average (1:16) & High Income Countries Average (1:14).

Nota Kaki:
Dalam laporan OECD ada banyak negara yang mana lebih daripada 50% mewakili pie peluang pekerjaan dalam negara mereka. Dan tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah merupakan negara yang dianggap sebagai 'balanced country'.
.

Sebagai kesimpulan,

Definisi penjawat awam di negara kita yang merangkumi semua sektor perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan dan keselamatan adalah tidak seperti di negara lain.

Maka berdasarkan dari fakta dan data yang dibentangkan diatas, adakah sememangnya benar bahawa sektor awam di negara kita sememangnya 'gemuk'?

Jika benar ianya 'gemuk' apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan kemelut ini?

Dan adakah kerajaan hari ini mempunyai 'political wills' yang kuat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam?

Sektor yang melibatkan pekerjaan yang mana pula yang mahu di'kuruskan' oleh kerajaan?

Guru? Polis? Tentera? Kesihatan?

Tepuk dada tanya akal.

Fikir-fikirkanlah.

Sekian.
Bukan Penjawat Awam.

p/s: Betul ke korang naik gaji sampai 10%-25% ni, kalah swasta bai..menyesal aku reject kerja dengan JPA dulu..sobs.
.

Tulisan lain Yang Berkaitan:
Kerajaan Timbang Mansuh Skim Pencen Penjawat Awam?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214985719145312&

Rujukan:
Statistik Bilangan Sekolah, Murid & Guru
https://www.moe.gov.my/index.php/my/statistik-kpm/statistik-bilangan-sekolah-murid-guru

152,357 warga ATM mengundi awal
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/421425/152357-warga-atm-mengundi-awal

Jumlah anggota polis lelaki dan wanita di Malaysia 2010- Jun 2017
http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/75013154-7542-4451-9994-568c5dc73d17/resource/4ebd6c82-9d2d-4b89-96b8-fa946be6abf9/download/jumlah-anggota-polis.csv

PERANGKAAN PENDUDUK 1891-2015
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia_Time_Series_2015/22Perangkaan_Penduduk.pdf

CURRENT POPULATION ESTIMATES, MALAYSIA, 2017-2018
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=c1pqTnFjb29HSnNYNUpiTmNWZHArdz09

Jumlah penjawat awam dikekalkan
http://www.kosmo.com.my/negara/jumlah-penjawat-awam-dikekalkan-1.628659

PH: Tak perlu kecilkan jumlah kakitangan awam
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/23/ph-tak-perlu-kecilkan-jumlah-kakitangan-awam/

Takrifan penjawat awam mesti difahami
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/269121/takrifan-penjawat-awam-mesti-difahami

Tidak adil bandingkan jumlah penjawat awam - PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/333015/tidak-adil-bandingkan-jumlah-penjawat-awam-pm

1.6 juta penjawat awam Malaysia jumlah munasabah
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20170420/281702614591530

Tiada Lambakan Penjawat Awam - KPPA
Baca lebih lanjut di
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/04/19/tiada-lambakan-penjawat

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah (INI PENJELASAN) Penjawat Awam "GEMUK"? Tun M KELIRU atau Terlupa, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "(INI PENJELASAN) Penjawat Awam "GEMUK"? Tun M KELIRU atau Terlupa"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel