Katanya Ibrahim Ali Nak Mengamuk...

Mengulas tentang Katanya Ibrahim Ali Nak Mengamuk... adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Katanya Ibrahim Ali Nak Mengamuk.... Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Katanya Ibrahim Ali Nak Mengamuk...



Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memberi amaran keras terhadap pihak yang menurut mereka memperkotak-katikkan maruah orang Melayu.

Amaran itu dinyatakan presidennya Ibrahim Ali dalam Himpunan Jihad Perkasa di Kuala Lumpur hari ini yang disertai kira-kira 200 hadirin.

"Zaman retorik, bersyarah sudah berakhir. Bagi Perkasa, kesabaran Melayu sudah berakhir. Hari ini hanya mesej pusingan pertama.

"Selepas ini kami tidak akan berdiam diri lagi. Kalau perlu Perkasa akan mengamuk di seluruh Malaysia," katanya ketika berucap di himpunan itu.

Himpunan itu diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) serta mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, ketika bercakap dengan pemberita kemudiannya, Ibrahim kelihatan sedikit lunak semasa menjelaskan maksud "amuk" tersebut.

Kata bekas anggota parlimen Pasir Mas itu, ungkapan "amuk" yang diucapkannnya tidak boleh difahami dalam maksud yang sempit.

"Perkasa akan tetap mengambil tindakan yang mematuhi lunas undang-undang di negara ini," katanya.

Amuk ialah perbuatan unik yang dikaitkan dengan etnik Melayu.

Ia merujuk kepada tindakan seseorang bertindak di luar rasional dan biasanya menyebabkan pertumpahan darah.

Semasa himpunan bersama Umno dan PAS di Pasir Salak Nov lalu bekas timbalan perdana menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengungkapkan perkataan "amuk".

Malaysiakini

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Katanya Ibrahim Ali Nak Mengamuk..., yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Katanya Ibrahim Ali Nak Mengamuk..."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel