Jika masih bertuankan China, India sila balik sana: Ridhuan Tee

Mengulas tentang Jika masih bertuankan China, India sila balik sana: Ridhuan Tee adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Jika masih bertuankan China, India sila balik sana: Ridhuan Tee. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Jika masih bertuankan China, India sila balik sana: Ridhuan Tee


Ultra kiasu mesti berhenti daripada pertikai hak umat Islam, Melayu


24 Rabiulawal 1440H, Ahad – Satu demi satu ultra kiasa membangkitkan isu sensitif, dan terbaharu mengenai tulisan jawi pada papan tanda yang dilihat cuba mengetepikan hak pribumi, sebaliknya mengangkat hak ‘pendatang’.
Sehubungan itu, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah sekali lagi menegur ultra kiasu supaya berhenti daripada mempertikaikan hak Islam dan bangsa Melayu sebelum nasi menjadi bubur.
Katanya, terbaharu ultra kiasu mahukan nama papan tanda jalan dalam bahasa Cina di atas sekali dikekalkan, berbanding dalam tulisan jawi.
“Perbandingan yang sangat tidak wajar dan kurang ajar. Ibarat langit dengan bumi. Satu hak pribumi dan satu lagi hak pendatang. Satu memberikan hak kepada yang berhak. Satu lagi memberikan hak kepada yang tidak berhak.
“Meletakkan tulisan rumi dan jawi dalam nama papan tanda dan papan tanda jalan adalah hak kepada yang berhak, manakala, meletakkan tulisan Cina, di atas sekali pula, adalah memberikan hak kepada yang tidak berhak.
“Lebih dahysat lagi, sudahlah tidak berhak, ia dipertahankan bermati-matian dengan pelbagai alasan. Pendek kata, mempertahankan hak kepada yang tidak berhak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Ridhuan Tee berkata, semakin hari semakin ramai ultra kiasu yang tampil mempertikaikan perkara yang menjadi hak kepada yang berhak yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Apa sudah jadi dengan negara ini. Semakin hari semakin membimbangkan. Malaysia ini negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu atau sistem kenegaraan China atau kenegaraan India?
“Jika masih ada yang bertuankan China dan India. Sila balik China atau India. Negara bertuah ini tidak memerlukan kamu. Jika kamu mahu tinggal di bumi bertuah ini, hormati hak hidup bernegara berpaksikan kepada Perlembagaan Negara.
“Kita hanya mahukan rakyat yang menghargai agenda kebangsaan iaitu agenda hidup bernegara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata, bermula daripada sinilah, beliau mula faham kenapa kerajaan Brunei begitu bertegas dalam mempertahankan hak pribumi.
Katanya, Kerajaan Brunei tidak membenarkan sama sekali apa jua lambang yang tidak ada kaitan dengan pribumi digantung atau dipamerkan atau diiklankan, meskipun ketika musim perayaan, di tempat atau kawasan umum.
“Mereka hanya dibenarkan di kawasan mereka sahaja. Itupun dalam keadaan dan ketika yang terhad. Masalahnya di negara kita, boleh dikatakan apa yang telah dilekat atau ditampal atau digantung, kekal selama-lama.
“Contoh, nama papan tanda jalan kekal selama-lama dalam bahasa Cina. Begitu juga logo-logo sekolah vernakular (Cina). Ini tidak termasuk nama-nama kedai yang bersifat kekal dalam bahasa asing, sedangkan kita ada bahasa kebangsaan.
“Ini bukan sahaja hak pribumi sudah tenggelam, malah langsung tidak dihormati. Mereka bukan sahaja seperti kaduk naik junjung. Tetapi agenda negara ini sudah dipijak-pijak sehingga lunyai,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati ultra kiasu supaya tidak mencabar dan menghina orang Melayu bagi mengelak padah buruk dan sesalan.
Ridhuan Tee berkata, dalam keadaan hari ini, Malaysia boleh dikatakan langsung tidak beridentitikan Melayu Islam lagi, kecuali di Kelantan dan Terengganu.
“Bila tiba hari raya atau musim perayaan, negara ini seperti negara China, negara China dan negara Barat. Penuh dengan lambang-lambang perayaan mereka. Tidak kira berapa peratus bilangan mereka.
“Lebih dahsyat lagi, bilangan mereka ada yang tidak sampai 3 juta, tetapi bila tiba musim perayaan negara ini tenggelam dengan identiti satu kaum. Tenggelam habis identiti kaum majoriti.
“Kepada orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, insafkan, hak-hak kamu semakin terhakis dan tidak mustahil hilang. Jika kamu teruskan tertipu dengan agenda ultra kiasu, tidak mustahil suatu hari nanti kamu akan hilang,” katanya. - Ismaweb


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Jika masih bertuankan China, India sila balik sana: Ridhuan Tee, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Jika masih bertuankan China, India sila balik sana: Ridhuan Tee"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel