(KES KUIL USJ) (DAKWA WANITA DIBUNUH) pelampau Hindu di INDIA buat tuduhan MENGEJUTKAN

Mengulas tentang (KES KUIL USJ) (DAKWA WANITA DIBUNUH) pelampau Hindu di INDIA buat tuduhan MENGEJUTKAN adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari (KES KUIL USJ) (DAKWA WANITA DIBUNUH) pelampau Hindu di INDIA buat tuduhan MENGEJUTKAN. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

(KES KUIL USJ) (DAKWA WANITA DIBUNUH) pelampau Hindu di INDIA buat tuduhan MENGEJUTKAN


Api persengketaan agama ditiupkan dari luar. Sama ada dia sengaja mengadakan cerita dusta ataupun mengambil sumber dusta dari dalaman Malaysia. 

Persoalannya, siapakah yang sebelum ini membuat dakwaan dusta tentang layanan terhadap penganut Hindu di Malaysia? 

Individu tersebut juga minggu lepas menuduh polis tidak menjalankan tugas dengan cara sepatutnya. 

Apakah pelampau Hindu di India juga mengutip maklumat dari sumber dusta yang sama dari negara kita? 

Jelas, individu penghasut seperti itu tidak wajar wujud di Malaysia apatahlagi dalam kabinet Kerajaan Malaysia. 

Ia akan menyebabkan api sengketa agama dan kaum terus membakar! 

Rakyat Malaysia secara umumnya cintakan kedamaian dan keharmonian.

Oleh: Dr. Maza  #CelahGelegar 

PELAMPAU INDIA TUDUH KUIL DIROBOHKAN, WANITA DAN KANAK-KANAK DIBUNUH


Free Malaysia Today (FMT) melaporkan bahawa pemimpin pelampau India buat tuduhan mengejutkan di sebalik kontroversi kuil Seafield, mengatakan kuil itu “dirobohkan” manakala wanita dan kanak-kanak dibunuh secara ganas.
“Dalam percubaan oleh penghasut peperangan untuk mengelar leher wanita dan kanak-kanak, leher dan tengkuk mereka dikerat dengan teruk sekali,” kata Arjun Sampath, yang mengetuai Parti Rakyat Hindu, sebuah parti pelampau Hindu, dalam suratnya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Tamil Nadu 2 hari lalu.
“Pasukan polis hanya terlopong melihat kejadian luar biasa itu. Tanpa sebarang tindakan terhadap penyerang-penyerang itu, mereka menyokong kejadian itu.
“Semua itu disiarkan di media sosial yang menggemparkan jiwa jutaan Tamil Hindu serata dunia,” katanya.
Kenyataannya dalam bahasa Inggeris itu menggunakan ungkapan yang keras antaranya “fasis Islam”, “suka menumpahkan darah”, “xenofobia kejam”, “kekejaman”, “cuvanis Islam sempit”, dan “orang jahat”.
Menggesa kerajaan Malaysia menghukum dalang keganasan terhadap kuil itu, Arjun juga menggesa Perdana Menteri India, Narendra Modi mengecam Putrajaya kerana lambat bertindak balas ke atas isu itu.
Beliau juga merujuk kepada Zakir Naik, penceramah India yang kini menetap di Malaysia, dan berkata Islamisasi di Malaysia semakin cepat dan mengancam “komuniti selain orang Islam”.
Arjun seterusnya mendakwa belia yang mempertahankan kuil itu berhadapan dengan penyerang yang “memecahkan kepala mereka”.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/30/pemimpin-pelampau-india-buat-tuduhan-mengejutkan-di-sebalik-kontroversi-kuil-seafield/

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah (KES KUIL USJ) (DAKWA WANITA DIBUNUH) pelampau Hindu di INDIA buat tuduhan MENGEJUTKAN, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "(KES KUIL USJ) (DAKWA WANITA DIBUNUH) pelampau Hindu di INDIA buat tuduhan MENGEJUTKAN"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel