MB Terengganu Teruja PTG Gapai Bintang

Mengulas tentang MB Terengganu Teruja PTG Gapai Bintang adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari MB Terengganu Teruja PTG Gapai Bintang. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

MB Terengganu Teruja PTG Gapai Bintang

Dr. Samsuri bersalaman dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia, Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam sebelum menerima anugerah daripada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
KUALA LUMPUR, 3 Disember - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan keterujaannya ketika menerima Anugerah Penarafan Bintang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah (PTG) daerah Kemaman bagi Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Negeri 2018.

"Ini pengiktirafan paling besar buat kakitangan dan seluruh warga PTG.

"Sesungguhnya amat banyak usaha yang diperlukan untuk kita sampai ke peringkat ini.

"Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada agensi lain untuk mencapai kejayaan yang sama.

"Kerajaan negeri akan sentiasa berdiri bersama pegawai-pegawai kita dalam membina kecemerlangan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis  yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-74 di bangunan Parlimen Malaysia, hari ini.
Dr. Samsuri menyerahkan sijil anugerah kepada Mohamad dan Kairuzita sambil diperhatikan Zainal Abidin.
PTG Kemaman mendapat penarafan lima bintang apabila menduduki tempat kedua terbaik seluruh negara dengan markah 93.61 peratus di belakang PTG Seberang Perai Tengah (95.01%).

Dalam pada itu, Pengarah PTG negeri, Zainal Abidin Hussin berkata, anugerah yang diterima menggambarkan peningkatan penyampaian kerajaan dalam perkhidmatan.

"Kejayaan ini sangat membanggakan. Semoga usaha keras berterusan dan menjadi lonjakan kepada jabatan lain untuk membuat penambahbaikan yang sama.

"Anugerah ini mencipta tangga kejayaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam membina negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," katanya.

Turut hadir mengiringi Dr. Samsuri ialah
Ketua Penolong Pentadbir Tanah (KPPT) PTG Kemaman, Mohamad A. Rahman@ Othman dan Penolong Kanan Pentadbir Tanah, Syarifah Khairuzita Tuan Kechil.
Anugerah Lima Bintang bukti peningkatan perkhidmatan kepada rakyat. 

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah MB Terengganu Teruja PTG Gapai Bintang, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "MB Terengganu Teruja PTG Gapai Bintang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel