Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2

Mengulas tentang Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2 adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2

Harwani (kanan) bersama Penolong Pengurus Sofea Pineapple, Nur Shaheda Zabli.
SERDANG, 3 Disember - Kepelbagaian produk berasaskan nenas mampu membawa jenama Nenas MD2 Terengganu setaraf nenas keluaran Johor dan Kedah.

Pegawai pemasaran Sofea Pineapple, Harwani Mohd Yusuf berkata, Nenas MD2 mempunyai kualiti untuk dipasarkan ke seluruh negara.

"Pelbagai produk boleh dihasilkan berasaskan nenas dan ia mampu merancakkan pengeluaran hasil dalam negeri.

"Daripada daun nenas kita boleh menghasilkan benang, kain dan kertas.

"Manakala, benih nenas boleh disalurkan ke zoo untuk makanan haiwan yang menjadikan keseluruhan hasil yang dituai dapat menjana pendapatan," katanya ketika ditemui di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 kelmarin.

Pameran pertanian terbesar negara yang berakhir semalam itu menyaksikan Nenas MD2 mendapat sambutan menggalakkan.
Kepelbagaian produk manfaat lebih pengeluaran.
Harwani berharap kepelbagaian produk daripada nenas akan melonjakkan pasaran buah itu selain mengangkat nama Terengganu sebagai pengeluar buah-buahan negara.

"Terima kasih kerajaan negeri dan Lembaga Perindustrian Nenas Negeri Terengganu kerana membuka peluang kepada anak muda mengusahakan tanaman nenas berkelompok.

"Kami para usahawan berharap kerajaan negeri akan terus memberi sokongan berterusan kepada usahawan dalam usaha mempelbagaikan produk berasaskan nenas," katanya. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel