Polis tahan geng samun, sasar mangsa menerusi wechat

Mengulas tentang Polis tahan geng samun, sasar mangsa menerusi wechat adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Polis tahan geng samun, sasar mangsa menerusi wechat. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Polis tahan geng samun, sasar mangsa menerusi wechat

MALAYSIAKINI

   

Polis menahan tiga wanita dan seorang lelaki yang merupakan geng samun berkumpulan yang menyasarkan mangsa dikenali mereka menerusi laman sosial wechat dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka termasuk pasangan kekasih berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan secara berasingan di dua lokasi berbeza bermula pukul 1.30 pagi semalam.

"Berdasarkan siasatan, mereka terlibat dalam kejadian samun berkumpulan seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bagan Ajam, di sini pada pukul 9.30 malam pada Selasa lepas.

"Dalam kejadian itu, mangsa mengenali seorang daripada wanita berkenaan menerusi wechat dan mereka berjumpa di rumah lelaki tersebut sebelum suspek menghubungi rakan-rakannya serta menyamun dengan mengacukan sebilah parang ke leher mangsa," katanya di Butterworth.

​​​​​​​Beliau berkata mereka merampas barang-barang peribadi milik lelaki itu selain turut memaksanya memindahkan wang melalui transaksi atas talian di telefon bimbit mangsa.

Noorzainy berkata mangsa kemudiannya dibawa keluar dari rumahnya dan ditinggalkan dalam keadaan diikat di kawasan rumah flat di Bagan Ajam iaitu tidak jauh daripada pangsapuri lelaki itu sebelum dia diselamatkan orang ramai dan seterusnya membuat laporan polis.​​​​​​​

Katanya mangsa tidak mengalami kecederaan namun kerugian lebih RM10,000 selepas kad bank miliknya berserta nombor pin turut diambil kumpulan itu dan mereka turut melakukan pengeluaran dari sebuah bank.

"Berikutan penahanan mereka, polis merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenama, beg tangan, dua utas jam tangan pelbagai jenama, barangan kemas dan wang tunai dipercayai hasil kegiatan samun geng itu," katanya.​​​​​​​

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi barangan kemas hasil samun yang telah digadai geng itu dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas.​​​​​​​

Semua mereka yang tidak bekerja itu positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah kini direman untuk siasatan lanjut, katanya.- Bernama


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Polis tahan geng samun, sasar mangsa menerusi wechat, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Polis tahan geng samun, sasar mangsa menerusi wechat"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel