Baru 12 jam, hampir 90,000 tandatangan petisyen desak Moorthy LETAK JAWATAN
Mengulas tentang Baru 12 jam, hampir 90,000 tandatangan petisyen desak Moorthy LETAK JAWATAN adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Baru 12 jam, hampir 90,000 tandatangan petisyen desak Moorthy LETAK JAWATAN. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
Baru 12 jam, hampir 90,000 tandatangan petisyen desak Moorthy LETAK JAWATAN
KUALA LUMPUR 19 Nov.- Selepas kira-kira 12 jam dilancarkan, gesaan perletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana, P. Waytha Moorthy kini telah ditandatangani hampir 90,000 orang.
Petisyen tersebut digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org itu turut memberitahu tujuan petisyen berkenaan dilancarkan.
GPS berkata, antara sebabnya ialah tindakan Waytha Moorthy yang telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu didiskriminasikan dan perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam.
Tambahnya, Waytha Moorthy turut mendakwa rumah-rumah ibadat masyarakat beragama Hindu turut dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.
“Selain itu, beliau berkeras mahu meratifikasikan ICERD, gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri dan mempunyai latar belakang yang agak kontroversial,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi portal Change.Org di sini hari ini.
Sebelum ini, video lama Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.
Dalam kenyataan itu juga, GPS turut menuntut perlucutan jawatan Waytha Moorty sebagai menteri demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta latar belakang.
Dalam pada itu, menurut Waytha Moorthy wawancara beliau dengan stesen televisyen di Belanda 10 tahun lalu yang tular ketika ini dibuat selepas demonstrasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pada November 2007, di mana ketika itu beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap malah beliau sendiri turut ditangkap dan mendakwa telah diseksa.
Malah beliau turut mendakwa, kerajaan UMNO ketika itu menjalankan kempen propaganda palsu yang mengaitkan penglibatannya dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan cuba menjatuhkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE
Memuat...
Itulah Baru 12 jam, hampir 90,000 tandatangan petisyen desak Moorthy LETAK JAWATAN, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Baru 12 jam, hampir 90,000 tandatangan petisyen desak Moorthy LETAK JAWATAN"
Catat Ulasan