Belanjawan2019 Perit Bagi Bumiputera, Nelayan & Petani - Kerajaan PH Perlu Perbetulkan

Mengulas tentang Belanjawan2019 Perit Bagi Bumiputera, Nelayan & Petani - Kerajaan PH Perlu Perbetulkan adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Belanjawan2019 Perit Bagi Bumiputera, Nelayan & Petani - Kerajaan PH Perlu Perbetulkan. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Belanjawan2019 Perit Bagi Bumiputera, Nelayan & Petani - Kerajaan PH Perlu Perbetulkan


Belanjawan 2019 tidak wajar dilihat sebagai sempurna kerana banyak kumpulan yang dikhuatiri telah terpinggir dan juga kerana falsafah pasaran bebas tanpa batasan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Related


Walaupun pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan-golongan tertentu seperti Rakyat luar bandar, nelayan dan petani.

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM), Ahmad Yazid Othman dalam kenyataannya.

MTEM katanya lagi, memuji kaedah pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan mengambil kira bilangan ahli isi rumah, gaji minima yang ditingkatkan, usaha mengurangkan pekerja asing melalui levi,keperluan syarikat tersenarai untuk menerbitkan statistik gaji dan juga kad pengangkutan awam tanpa had untuk hanya RM100 sebulan.

Walaubagaimanapun MTEM tidak bersetuju dengan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan yang terbaik tidak sepatutnya melibatkan diri dalam perniagaan dan ini seolah-olah menandakan niat beliau untuk akhirnya melepaskan pegangan Kerajaan di perniagaan yang dimilikinya.

“Jika ini terjadi, suatu alat kemajuan ekonomi Bumiputera yang paling berkesan akan hilang buat selamanya.

MTEM juga kecewa dengan peruntukan kecil yang disediakan untuk agenda ekonomi Bumiputera. Lim Guan Eng hanya menyebut perkataan Bumiputera sebanyak 6 kali dan jumlah peruntukan untuk Agenda Bumiputera hanya kira-kira RM3.6 bilion daripada jumlah besar Belanjawan 2019 sebanyak RM314.5 bilion.

MTEM bimbang Agenda Ekonomi Bumiputera tidak akan diberi perhatian yang secukupnya walaupun pada tahap nasional, Belanjawan 2019 boleh dianggap sebagai suatu yang positif kerana kebanyakan Bumiputera akan mendapat kesan yang positif hasil belanjawan yangmenumpukan kepada golongan B40,” ujar kenyataan itu.

MTEM turut menyentuh mengenai isu keselamatan dan kedaulatan makanan yang telah lama diperjuangkan MTEM tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Tiada gerakan padu untuk mewujudkan kembali Lembaga Padi & Beras Negara (LPN) walaupun MTEM dan Padi Rescue telah memberi hujah akan kepentingan LPN kepada keselamatan bekalan makanan negara.

“Peruntukan kerajaan untuk sektor pertanian dan perikanan tertumpu kepada pembangunan industri seperti penyelidikan untuk benih, automasi dan latihan industri yang tidak memanfaatkan petani dan nelayan secara terus. Walaupun niat dan rancangan kerajaan adalah murni, tidakharus dilupakan kebajikan petani dan nelayan yang memerlukan perhatian segera dengan adanya ‘social safety net’.

“Sebagai contoh, bantuan untuk petani sebanyak RM200 sebulan sementara menunggu musim menuai tidak disambung. Jelas sekali, sektor pertanian dan perikanan bukanlah keutamaan bagi kerajaan.

“Masih belum terlambat bagi kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk membetulkan hala tuju yang agak menyimpang dari kepentingan Bumiputera, nelayan dan petani,” ujarnya.

Ahmad Yazid berkata, kebanyakan butiran yang terkandung di dalam Belanjawan 2019 adalah positif namun diharap agar rakyat tidak perlu menunggu hingga Belanjawan 2020 untuk belanjawan yang lebih sempurna.

Malaysiadateline

Khabar Lainnya:

Itulah Belanjawan2019 Perit Bagi Bumiputera, Nelayan & Petani - Kerajaan PH Perlu Perbetulkan, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

Related Posts

0 Response to "Belanjawan2019 Perit Bagi Bumiputera, Nelayan & Petani - Kerajaan PH Perlu Perbetulkan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel