Peguam Najib Pertikai Dakwaan "Laporan 1MDB Dipinda"

Mengulas tentang Peguam Najib Pertikai Dakwaan "Laporan 1MDB Dipinda" adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Peguam Najib Pertikai Dakwaan "Laporan 1MDB Dipinda". Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Peguam Najib Pertikai Dakwaan "Laporan 1MDB Dipinda"

Peguam Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan dakwaan ketua audit negara yang jabatannya dipaksa meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dengan menggugurkan perenggan mengenai ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad bukan sahaja “pramatang” dan “bertentangan proses undang-undang sewajarnya”, tetapi juga bermotifkan politik terhadap bekas perdana menteri itu.

Dengan pengakuannya itu, kenyataan media ketua audit negara yang dikeluarkan secara luar biasa kepada orang ramai pada pagi Ahad dibuat atas arahan Kabinet,” kata Shafee beberapa jam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan siasatan sudah dimulakan terhadap dakwaan itu.
Ini seolah-olah menunjukkan ada ketegangan politik dan pertimbangan untuk mengeluarkan kenyataan media itu.

Hari ini, Madinah dilaporkan berkata, Najib dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri ketua setiausaha sulitnya, Tan Sri Shukry Salleh bersama ketua setiausaha negara dan ketua audit negara ketika itu, Tan Sri Ali Hamsa serta Tan Sri Ambrin Buang, mengarahkan satu perenggan dalam laporan audit terbabit digugurkan.

Akibatnya, beliau berkata, pembentangan laporan audit itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dijadualkan pada 24 Februari 2016, terpaksa ditangguhkan kepada 4 dan 7 Mac 2016.


Perenggan itu mengandungi kehadiran Low dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada September 2009.

Tetapi, Shafee berkata, tiada persoalan mengenai Najib cuba menyembunyikan peranan Jho Low, walaupun kehadiran ahli perniagaan itu dalam mesyuarat sudah dijelaskan dalam Dewan Rakyat pada Disember 2015, kira-kira 3 bulan sebelum laporan audit yang didakwa dipinda itu dibentangkan kepada PAC.

Shafee yang memetik hansard Parlimen pada 25 November 2015 berkata, Kementerian Kewangan dengan jelas menyatakan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah itu atas kapasitinya sebagai wakil Putera Turki bin Abdullah yang juga pemilik PetroSaudi Inc.

Kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB itu turut didedahkan dan dibincangkan dalam prosiding PAC mengenai 1MDB pada 25 November 2015, yang turut dihadiri bekas ketua audit negara.
Harus diingat jawapan Parlimen dan prosiding PAC dibuat lebih awal berbanding dakwaan mengarahkan perenggan mengandungi kehadiran Jho Low dalam satu mesyuarat 1MDB, digugurkan daripada laporan ketua audit negara itu.

Shafee berkata, Najib akan membuat penjelasan lanjut berhubung isu itu kemudian.

Katanya, pertemuan Najib dan Ambrin bukannya sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah prosedur standard bagi ketua audit menemui pihak yang diaudit untuk mendapat penjelasan sebelum laporan audit dimuktamadkan.

Beliau menyifatkan kenyataan Madinah hari ini seolah-olah “cubaan untuk mempengaruhi pandangan orang ramai” menjelang perbicaraan Najib dikaitkan dengan tuduhan pemindahan meragukan daripada syarikat berkaitan 1MDB.

Katanya, Madinah juga tidak menghubungi ahli Parlimen Pekan itu sebelum mengeluarkan kenyataannya.

Oleh itu, anak guam saya tidak pernah diberikan peluang untuk bertindak balas terlebih dahulu kepada kenyataan media itu dan ini satu lagi pelanggaran keadilan yang serius.

FMT

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Peguam Najib Pertikai Dakwaan "Laporan 1MDB Dipinda", yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Peguam Najib Pertikai Dakwaan "Laporan 1MDB Dipinda""

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel