Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad

Mengulas tentang Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad

Afiezy Azaman, Astro Awani
Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad
KHALID: Kalau Sultan sudah keluarkan titah, kita kena akur. - BERNAMA/Fail
 
PUTRAJAYA: Penggunaan papan tanda nama jalan dalam bahasa Cina adalah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Persekutuan tidak mengetahui keputusan itu kerana segala kuasa melibatkan kerajaan negeri adalah dibawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Itu keputusan kerajaan negeri Selangor, saya di peringkat Kementerian Wilayah tidak tahu apa perbincangan mereka.

"Kalau Sultan sudah keluarkan titah, kita kena akur kerana saya fikir ada perbincangan di peringkat negeri, DUN (Dewan Undangan Negeri) dan PBT," katanya sambil menambah beliau tidak terlibat dalam perbincangan.

 Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1440H/2018M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Khalid mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu.

Titah baginda itu susulan laporan media sebelum ini mengenai beberapa papan tanda nama jalan di Shah Alam yang sebelum ini ditulis dengan Bahasa Melayu dan Jawi namun kemudian ditukar kepada tulisan Cina serta mengekalkan Bahasa Melayu.

Titah itu dizahirkan menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani semalam.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa jika ada negeri yang mahu melaksanakan tindakan sama seperti Kerajaan Negeri Selangor.

"Itu terpulang kepada negeri masing-masing, kerana ini berlaku di bawah penguatkuasaan negeri," katanya lagi

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel