Selamba curi tabung masjid, anak yatim

Mengulas tentang Selamba curi tabung masjid, anak yatim adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Selamba curi tabung masjid, anak yatim. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Selamba curi tabung masjid, anak yatim

Sinar Harian
Selamba curi tabung masjid, anak yatim
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.50 pagi berdasarkan rakaman CCTV.
 
SEBERANG JAYA: Dua lelaki diburu polis selepas terlibat dengan kejadian mencuri mesin daftar tunai dan beberapa tabung masjid dan anak yatim di kaunter kedai di medan selera Singgah Sat di sini, Ahad lalu.

Penyelia premis berkenaan yang mahu dikenali Ridzuan berkata, kejadian itu disedari pekerjanya yang masuk bekerja jam 9.40 pagi hari kejadian selepas melihat kawasan kaunter berselerak dan mendapati wang RM600 dan tabung derma hilang.

Menurutnya, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.50 pagi berdasarkan rakaman CCTV.

"Semakan dibuat mendapati dua lelaki berkenaan dilihat datang dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum memeriksa kawasan sekeliling medan selera dan berhenti di kawasan tepi premis.

"Seorang lagi lelaki menunggu di atas motosikal sambil menghalakan lampu motosikalnya ke arah kaunter bagi memudahkan rakannya memecah kaunter di situ," katanya.

Ridzuan berkata, suspek menggunakan pengumpil bagi membuka laci kaunter sebelum melarikan wang tunai RM600, tabung derma anak yatim, tabung membesarkan masjid dan laci mesin daftar tunai yang berada di kaunter berkenaan.

Katanya, suspek juga kemudian dilihat memanggil rakannya untuk membantu mengangkat tabung.

"Ini kejadian kedua yang berlaku di medan selera ini dan sebelum ini, beberapa peralatan seperti ketuhar gelombang mikro, beras dan beberapa peralatan lain dicuri dua lelaki menaiki kereta," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, polis telah mengambil rakaman CCTV berkenaan dan sedang mengenalpasti identiti kedua-dua suspek yang terlibat.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Selamba curi tabung masjid, anak yatim, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Selamba curi tabung masjid, anak yatim"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel