Peguam One City NAFI upah samseng

Mengulas tentang Peguam One City NAFI upah samseng adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Peguam One City NAFI upah samseng. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Peguam One City NAFI upah samseng


PETALING JAYA - Peguam bela, Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili kakitangan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd menafikan bahawa mereka terlibat mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, awal pagi Isnin lalu.

Dua peguam tersebut mewakili tiga kakitangan syarikat itu yang ditahan berkaitan kes rusuhan tersebut.

Mohamed Haniff berkata, beliau dan Muhammad Rafique dilantik oleh pihak syarikat selepas berlakunya insiden rusuhan tersebut.

Menurutnya, selain mewakili tiga kakitangan syarikat yang ditahan, pelantikan itu dibuat bagi membolehkan syarikat membantu siasatan pihak polis.
”Kami tidak mewakili mana-mana perusuh.

"Malah, berhubung dengan penularan mesej di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai pembabitannya dan Muhammad Rafique dalam memberikan upah kepada samseng dalam rusuhan itu adalah satu tuduhan melulu dan tidak benar,” katanya dalam sidang media di pejabat syarikat guamannya, di sini, hari ini.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan di Facebook, dirinya dikaitkan telah terlibat dengan insiden.

Katanya, ini tidak benar dan kami berdua juga tidak pernah memberikan wang berjumlah RM150,000 kepada samseng untuk membuat kecoh di kuil.

Selain itu, Mohamed Haniff turut menyatakan bahawa ada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang akhbar adalah kurang tepat kerana siasatan masih belum selesai.

"Saya berharap agar kenyataan yang akan dikeluarkan selepas ini tidak mendedahkan butiran siasatan yang boleh menganggu keselamatan awam," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin pada sidang media khas di Putrajaya mendedahkan siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan.


Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan individu yang memukul anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, hingga parah mempunyai niat untuk membunuh.


Menurutnya, individu yang melakukan perbuatan itu bukan hadir untuk demonstrasi aman tetapi mempunyai niat membunuh kerana membawa senjata tajam sewaktu kejadian. - Sinar Harian #CelahGelegar 

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Peguam One City NAFI upah samseng, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Peguam One City NAFI upah samseng"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel