Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat
Mengulas tentang Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat
KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bimbang dengan tindakan segelintir pihak yang mahu mengubah landskap sosial politik negara melalui dasar kesaksamaan Barat.
Baginda bertitah, konsep acuan Barat itu cuba dibawa pihak tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira keunikan, kepelbagaian, kesucian agama Islam, sensitiviti rakyat dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negara ini.
“Hari ini ada rakyat mahu mengubah landskap sosial politik (negara) yang unik ini melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman barat.
“Dasar ini dirangka orang asing yang tidak mengambil kira keunikan dan kepelbagaian masyarakat di negara ini,” titahnya sempena majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang, di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.
Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tengku Abdullah turut menggesa semua rakyat mengelakkan pertelingkahan dan sentiasa menghormati serta menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama atau bangsa.
Titahnya, ini kerana Malaysia dibina atas persetujuan, persefahaman dan dasar kompromi sosio politik unik yang diperkenan Raja-Raja Melayu bagi membentuk Malaysia yang merdeka.
“Perkara ini dinyatakan jelas dalam pelbagai peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan dasar kompromi ini dipersetujui semua kaum yang mana menjadi tunjang utama kepada perpaduan dan keharmonian negara,” titahnya.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut mengingatkan pemimpin mencontohi keperibadian dan corak pemerintahan Nabi Muhammad SAW dalam pentadbiran masa kini yang sentiasa menyantuni ummah tanpa mengira bangsa dan darjat.
“Saya yakin jika pemimpin masa kini mencontohi keperibadian baginda Rasulullah nescaya negara akan terus makmur dan Islam akan sentiasa terpelihara,” titah nya. - BH
Memuat...
Itulah Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat"
Catat Ulasan