VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri

Mengulas tentang VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri


10 Rabiulawal 1440H, Ahad – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan semula jawatan Senator P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).
Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, Kabinet yang diterajui Dr Mahathir tidak memerlukan menteri perpaduan yang berusaha menghapuskan hak dan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menegaskan, Waytha Moorthy tidak layak menjadi menteri yang bertanggungjawab memelihara perpaduan, sedangkan dia berusaha mencetuskan ketegangan kaum dan agama menerusi usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Dr Mahathir patut buang dia daripada Kabinet kerana tidak layak menjadi menteri perpaduan, sedangkan dia menimbulkan pelbagai ketegangan kaum dan agama,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Desakan itu susulan kenyataan Waytha Moorthy menerusi satu video temubualnya bersama media Belanda tujuh tahun lalu, yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit berkenaan, Waytha Moorthy yang ketika itu Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menyatakan bahawa Malaysia melanggar hak asasi manusia kerana tidak menerima layanan sama rata sebagai rakyat di negara ini.
Waytha mendakwa, kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai perkara bermula daripada hak beragama, termasuklah kononnya kebanyakan penganut agama Hindu dipaksa untuk menukar agama jika mahu bekerja dalam jabatan kerajaan dan untuk mendapatkan tajaan biasiswa.
Video itu jelas bahawa dia (Waytha Moorthy) memberikan fakta yang salah dan memburuk-burukkan kerajaan.
“Malah, ia jelas bahawa pengesahan ICERD yang sedang diperjuangkan dia hari ini, adalah bertujuan untuk mencapai agenda menyamaratakan semua kaum dan agama, sekali gus menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan seperti mana yang dinafikannya sebelum ini,” kata Aminuddin.
Serentak itu, Aminuddin sekali lagi mencabar menteri perpaduan berkenaan untuk berdebat secara terbuka jika berani mempertahankan kenyataan kononnya Perkara 153 tidak terjejas apabila ICERD disahkan.
“Hakim, ahli akademik, pengamal undang-undang dan semua pihak menyatakan secara tegas bahawa ICERD akan menjejaskan Perkara 153, tetapi kenapa ia masih perlu dinafikan oleh Waytha Moorthy.
“Kita percaya, ini adalah strategi halus untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap agenda licik mereka,” katanya.
Sebelum ini, Waytha Moorthy menafikan dakwaan meratifikasi ICERD akan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan, sekali gus menyifatkan ia satu pembohongan.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pengesahan ICERD dengan pengecualian, tidak akan memberi sebarang kesan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam apa jua cara,” katanya.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel