Ini 4 Sebab Utama Kenapa P. Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan #PecatWaythaMoorthy.

Mengulas tentang Ini 4 Sebab Utama Kenapa P. Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan #PecatWaythaMoorthy. adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Ini 4 Sebab Utama Kenapa P. Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan #PecatWaythaMoorthy.. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Ini 4 Sebab Utama Kenapa P. Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan #PecatWaythaMoorthy.

KHAIRUL AZRI | KENAPA YB WAYTHA KENA LETAK JAWATAN.

1. TIDAK TURUN PADANG

Beliau sebagai seorang menteri perpaduan hingga kini tidak turun ke lapangan dan melawat kuil untuk meredakan ketegangan yang sedang berlaku.

Adalah amat mudah untuk beliau beri sepatah dua kata, menjamin kuil berkenaan dari segala serangan mahupun pemindahan.

Ini tidak, dibiarkan ianya membarah sehingga kini.

2. MENGAGALKAN NARATIF GANGSTER VS PIHAK KUIL

Usaha pihak kuil untuk menerangkan bahawa ini adalah pergeseran di antara pemaju dan kuil telah digagalkan oleh beliau apabila beliau telah menyalahkan pihak polis ketika membuat kenyataan di parlimen

Kenapa saya kata begitu, tahukah anda ketika di malam kejadian, diantara naratif yang telah disebarkan dalam video-video live di media sosial adalah,

"Polis Melayu sedang hancurkan kuil kami. Ini penghinaan kepada kami, Polis anjing dan barua Cina developer dsbnya.."

Bila dah pagi selepas selesai segala kekecohan barulah naratif pemaju/gangsters vs kuil dapat disampaikan oleh pihak pengurusan kuil.

Namun malangnya, bila keduanya Melayu dan India nak 'cool', YB menteri boleh buat statement sedemikian yang seolah-olahnya mengesahkan lagi fitnah bahawa polis memang bersengkokol dengan peristiwa pagi semalam yang mengakibatkan ada ura-ura untuk berarak ke Balai Polis Subang pada malam nanti.

3. PRESS STATEMENT BLUNDERS BERASASKAN KAUM.

Sepatutnya sidang media mengenai kejadian berkenaan dibawa bersama ataupun secara solo ada oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun oleh Datuk Azis Jamman yang merupakan menteri dan timbalan menteri KDN.

Bukannya oleh Menteri Sumber Manusia, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang tidak relevan dengan peristiwa tersebut.

Malah kritikan terbuka terhadap pihak polis yang juga bukan dari kementerian mereka juga hanya akan mengundang persepsi bahawa menteri-menteri dari kalangan kaum India sedang 'againts' penjawat awam (polis) yang umum tahu majoritinya adalah orang Melayu, yang akhirnya akan mengubah isu ini daripada Kuil VS Pemaju menjadi isu perkauman.

4. RUSUHAN KALI KEDUA DAN ADA PENJAWAT AWAM CEDERA PARAH.

Akibat daripada kegagalan beliau mengawal dan mententeramkan keadaan, rusuhan kali kedua berlaku dan malangnya ada yang terbawa-bawa hinggakan merosakkan harta awam dan swasta.

Statement YB Senator yang tidak membantu juga telah menyebabkan ada ura-ura untuk menggerakkan crowd ke Balai Subang dan memaksa OCPD Subang letak jawatan.

Malah lebih menyedihkan, seorang penjawat awam muda (bomba), saudara Muhammad Adib yang berusia 24 tahun kini bertarung nyawa hanya kerana menjalankan tugasnya yang murni untuk keselamatan bersama.

Apakah ada kemungkinan naratif perkauman itu telah di'sambut' oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jawab menyebabkan kejadian ini berlaku?

Sebagai kesimpulan,

YB Senator Waytha Moorthy kena bertanggungjawab di dalam kemelut dan kebejatan yang telah berlaku dengan meletakkan jawatan beliau sebagai menteri perpaduan dengan segera diatas,

- Kegagalan beliau selaku menteri perpaduan dan juga menteri dari masyarakat India yang sepatutnya menjadi 'jambatan' masyrakat tersebut dengan masyarakat Malaysia yang lain adalah sangat ketara.

- Kegagalan beliau untuk 'contain' isu ini sebagai isu Pemaju VS Kuil dan bukannya isu perkauman dengan segera adalah sangat mengecewakan.


Kebimbangan kami sebagai rakyat Malaysia, jika beliau masih memegang jawatan tersebut dan kemelut ini tidak diselesaikan dengan segera ianya akan membarah dan akan merebak hingga ke tahap yang tidak boleh diselesaikan lagi.

Kerajaan Malaysia haruslah bertindak dengan segera, jangan tangguh-tangguh lagi.

Buat sementara waktu, marilah kita rakyat Malaysia tanpa mengira sebarang agama, kaum dan bangsa untuk tidak terikut dengan gelodak emosi dan terus mendoakan Saudara Muhammad Adib untuk sembuh dengan segera supaya keadaan ketegangan ini dapat dikendurkan hendaknya.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian. - 28 November 2018.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Ini 4 Sebab Utama Kenapa P. Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan #PecatWaythaMoorthy., yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Ini 4 Sebab Utama Kenapa P. Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan #PecatWaythaMoorthy."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel