Laporan 1MDB Asal Dipinda Atas Arahan Najib

Mengulas tentang Laporan 1MDB Asal Dipinda Atas Arahan Najib adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Laporan 1MDB Asal Dipinda Atas Arahan Najib. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Laporan 1MDB Asal Dipinda Atas Arahan Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa telah mengarahkan agar laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh Ketua Audit Negara semasa itu, Tan Sri Ambrin Buang dipinda.

Related

Menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas Perdana Menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di pejabat Perdana Menteri bersama Ambrin yang dikatakan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Mohd. Salleh.

Utusan diberitahu Ketua Audit Negara sekarang, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad telah membentangkan laporan asal 1MDB tersebut kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Madinah dijangka akan membentangkan laporan asal itu kepada Kabinet dalam masa terdekat dan seterusnya dalam prosiding siasatan 1MDB oleh PAC pada awal bulan depan.

Sumber itu memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB.

Sehubungan itu, sumber tersebut mendakwa, adalah pelik jika bekas Perdana Menteri dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam hanya mengakui ditipu oleh Jho Low berdasarkan perkembangan terbaharu yang berlaku sekarang.

Sumber menambah, pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam mesyuarat meminda laporan asal berkaitan juga perlu tampil memberikan penjelasan kerana ia melibatkan integriti dan kepentingan negara.

Pada 30 Oktober lalu, Ambrin yang kini mempengerusikan jawatankuasa siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan bagaimanapun menafikan pindaan dibuat terhadap laporan asal 1MDB yang disediakan oleh beliau.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Poh yang mendakwa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda atas arahan individu tertentu.

Kah Poh semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu mendakwa pindaan telah dibuat semasa kerajaan terdahulu, dan menurutnya beberapa agensi termasuk SPRM, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ untuk menyiasat isu berkenaan ketika itu.

PAC dijadualkan memanggil Ambrin dalam prosiding siasatan 1MDB tetapi kemudian ditangguhkan. Prosiding itu dijadualkan semula pada 4, 5 dan 6 Disember ini setelah PAC mendapatkan nasihat Peguam Negara.

Pada 2016, laporan audit yang dilakukan terhadap 1MDB telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Status rahsia laporan itu dibatalkan pada 15 Mei lalu, selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.

Utusan

Khabar Lainnya:

Itulah Laporan 1MDB Asal Dipinda Atas Arahan Najib, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

Related Posts

0 Response to "Laporan 1MDB Asal Dipinda Atas Arahan Najib"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel